Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Harga jatuh, getah pula kena curi
#1
SEBERANG TEMERLOH - Meskipun harga getah jatuh kepada hanya RM1.90 sekilogram, namun ia tetap menjadi sasaran pencuri sekali gus meresahkan penoreh yang sudah lama terhimpit dengan kejatuhan harga komoditi itu.

Bagi penoreh, Abdul Rahman Taib dari Kampung Bangau Parit di sini, kejadian terbaru pada petang kelmarin begitu mengecewakannya, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

Menurutnya, wang yang diharap untuk dijadikan modal membayar kelengkapan persekolahan anak-anak lebur begitu sahaja akibat kegiatan curi getah buku yang kembali berleluasa sekarang.

“Dah lama kejadian curi getah ini tak berlaku, kelmarin jadi lagi tapi kali ini lebih perit sebab duit hasil jualan getah itulah yang diharap untuk dijadikan belanja sekolah anak-anak.

“Getah yang diusahakan ini bukan milik sendiri tetapi dikongsi hasilnya dengan tuan tanah,” katanya.

Menurutnya, dia membuat laporan polis bersama ketua kampung kerana kes kecurian itu dibimbangi terus berlaku terutama dalam keadaan sekarang, di mana orang ramai memerlukan wang untuk berbelanja pelbagai keperluan.

Sementara itu, seorang lagi penoreh, Abdul Hamid Mokhtar, 45, berkata, dengan keadaan harga getah kini, dia perlu mengumpul lebih banyak hasil sebelum dijual kepada pembeli berlesen.

Menurutnya, dengan kejatuhan harga getah sekarang dan kos sara hidup semakin tinggi sudah tentu membebankan semua penoreh getah di seluruh negara.

“Kami bukan sahaja terpaksa menoreh getah dengan banyak tetapi terpaksa pula berjaga-jaga dengan pencuri getah yang semakin terdesak nak dapatkan duit,” katanya.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)