Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata menteri
#1
Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.

"Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik daripada Berita Harian Online.

Tiga hari lalu Hasan dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) membayangkan kenaikan harga gula dan tepung bakal berlaku.

Kenyataan tersebut bertentangan dengan jaminan yang dibuat Hasan pada pertengahan September lalu apabila mendakwa pengeluar gula dan tepung memberi jaminan harga kedua-dua bahan asas itu tidak akan dinaikkan.

“Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka,” kata Hassan seperti dilaporkan Utusan Malaysia pada 13 September.

Selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, kenaikan harga bagi barangan dan berlaku seperti harga bahan bakar RON95 dan rokok.

Kerajaan jugakan dikatakan bakal menaikkan tarif elektrik dan berkemungkinan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014. – Bernama
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)