Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
H7N9 di China meningkat, 104 kes, 21 kematian
#1
BEIJING: China mengesahkan dua lagi kes selesema burung H7N9 setakat 4 petang Isnin, menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 104 dengan 21 kematian.

Menurut laporan harian Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan, dua jangkitan baharu itu direkodkan di Wilayah Zhejiang, timur China, menjadikan kes terkumpul 40 dengan lima kematian di wilayah berkenaan.

Sebanyak 70 pesakit H7N9 masih dirawat di hospital yang dikhususkan, sementara tiga telah dibenar keluar, kata laporan itu.

Setakat ini 33 kes termasuk 12 kematian dilaporkan di Shanghai, 24 kes dengan tiga kematian di Wilayah Jiangsu dan tiga kes dengan satu kematian di Wilayah Anhui.

Beijing mengesahkan kes pertama pada pertengahan bulan ini sementara tiga kes dilapor di Wilayah Henan.

China secara rasmi mengesahkan jangkitan pertama H7N9 membabitkan manusia akhir bulan lepas.
Punca sebenar jangkitan masih belum dikenal pasti dan penyelidik sedang berusaha membangunkan vaksin bagi menentang strain baharu selesema burung itu.


Read more at: http://www.astroawani.com/election/news/...n-12746?cp
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)