Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Google galak PKS iklan di YouTube
#1
[Image: image.jpg]

GOOGLE Malaysia menggalakkan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia meluaskan pasaran mereka melalui pengiklanan produk dalam laman video YouTube.

Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, pengiklanan produk dan perkhidmatan bagi perniagaan di laman video YouTube dilihat amat berkesan pada masa ini kerana penembusan pasaran telefon pintar di Malaysia semakin meningkat.

“Bagi mengiklankan sesuatu produk atau perkhidmatan di dalam televisyen, ianya memerlukan kos yang tinggi berbanding iklan di YouTube dengan tempoh iklan yang lebih panjang dan memberi kebebasan untuk berkarya dengan kreatif," katanya pada sidang media pengumuman iklan paling popular tahun ini di laman video YouTube Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, untuk pengiklanan di YouTube, syarikat itu hanya mengenakan bayaran bagi setiap iklan yang ditonton melebihi 30 saat atau penuh oleh pengguna YouTube dengan harga sangat rendah.

Sajith juga menambah, syarikat PKS perlu kreatif menghasilkan iklan yang mampu menarik minat pengguna YouTube kerana ianya bukan sahaja akan dilihat oleh pengguna di Malaysia tetapi juga membantu melakukan promosi di seluruh dunia.

“Kami berharap tahun depan lebih ramai usahawan PKS akan memuat naik video iklan produk dan syarikat mereka di YouTube," katanya.

Sementara itu, iklan sempena Hari Merdeka oleh Petronas bagi tahun ini berada di tangga pertama bagi iklan paling ramai penonton, diikuti oleh iklan Samsung Malaysia bagi tempat kedua dan ketiga.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)