Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Google Memperkenalkan Telefon Pintar Pixel Dengan Integrasi Google Asisstant
#1
Google Memperkenalkan Telefon Pintar Pixel Dengan Integrasi Google Asisstant

Google hari ini telah mengadakan sebuah acara khas dan berkongsi fokus mereka terhadap pengeluaran perkakasan. Peranti pertama yang hadir dengan rekaan dan binaan berasaskan Google adalah Google Pixel.

[Image: pixel001-805x452.jpg]

Pixel hadir dengan antaramuka khusus daripada Google, dimana ia membawakan ikon berbentuk bulat, selain tiada ikon untuk talam aplikasi. Sebaliknya, ia berfungsi dengan pengguna menatal ia dari bawah ke atas untuk mengakses talam aplikasi.

Google turut menekankan Pixel adalah telefon pintar pertama yang hadir dengan integrasi Google Assistant. Ini membolehkan anda membuat carian Google atau sebarang pertanyaan dari mana-mana skrin. Now On Tap juga kini dilihat telah dijenamakan kepada Google Assistant.

[Image: pixel004-805x452.jpg]

[Image: pixel003-805x452.jpg]

Disamping integrasi pembantu maya pintar, Google turut mengatakan Pixel menyertakan kamera terbaik pada telefon pintar – menerima skor DxO paling tinggi buat masa ini untuk telefon pintar. Melengkapkan kamera peranti ini adalah sejumlah fungsi rakaman khusus, termasuk rakaman Burst, penstabilan imej optikal, dan juga HDR+. Pengguna yang mendapatkan telefon Pixel juga akan menerima storan tanpa had untuk Google Photos bagi menyimpan gambar pada resolusi penuh.

[Image: pixel006-805x452.jpg]

[Image: pixel005-805x452.jpg]

Telefon pintar ini hadir dengan penyertaan aplikasi Duo secara terbina. Google turut mengatakan telefon pintar ini hadir dengan sokongan Daydream.

Dari segi spesifikasi, Pixel hadir dengan dua pilihan saiz – iaitu 5-inci dan juga 5.5-inci. Ia menggunakan cip Snapdragon 821, memori 4GB RAM, sokongan pengimbas cap jari, kamera belakang 12.3-megapixel, ruangan storan dalam pilihan 32GB atau 128GB, dan menggunakan pengecas USB Type-C. Peranti ini masih mengekalkan sokongan bicu audio 3.5mm.

Seperti biasa, ia akan dijual di Amerika Syarikat terlebih dahulu.

[Image: pixel008-805x452.jpg]

Sumber
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
mahal rege phone ni, bule menang tang software je la.. Design dia x lawa
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)