Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Giggs buktikan masih hebat dalam penampilan 900
#1
LONDON, (Arena.my) - Manchester United hampir berputih mata sebelum jaringan Ryan Giggs (MU) pada masa kecederaannya memastikan Red Devils meraih kemenangan 2-1 ke atas Norwich City.

Paul Scholes memberi petanda MU bakal meraih kemenangan mudah selepas menjaringkan gol seawal minit ketujuh, namun Grant Holt menyamakan kedudukan pada minit ke-87 sebelum Giggs yang membuat penampilan ke-900 berjaya menolak masuk umpanan Ashley Young.

Tottenham Hotspur pula terpaksa akur dengan kegarangan Arsenal yang bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk meraih kejayaan 5-2 dalam pertembungan jiran utara London.

Spurs mengakhiri separuh masa pertama dengan 2-0 menerusi Louis Saha dan Emmanuel Adebayor.

Namun gol Bacary Sagna sebaik permainan bersambung membakar semangat The Gunners untuk bangkit menambah gol menerusi Robin van Persie dan Thomas Rosicky menjadikan kedudukan 302 sebelum dua jaringan Theo Walcott mengukuhkan kedudukan anak buah Arsene Wenger.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)