Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Gadis nekad lepaskan gian
#1
HILIR PERAK - Keinginan seorang gadis yang mahu melepaskan gian sehingga sanggup mengikut teman lelakinya ke port dadah popular berakhir apabila ditahan sepasukan polis, di Kampung Sungai Samak, petang Selasa lalu.

Serbuan dibuat kira-kira jam 3 petang, dan gadis berusia 23 tahun itu antara lapan suspek yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di tengah-tengah kebun kelapa sawit, dekat sini.

Apa yang lebih malang apabila teman lelaki gadis itu hanya pentingkan diri sehingga sanggup meninggalkan dan membiarkan suspek ditahan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, gadis itu dikatakan mengikut teman lelakinya yang juga seorang penagih dadah ke port tersebut untuk melepaskan gian.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan gadis itu bersama-sama tujuh suspek lain sedang asyik menghisap dadah di dalam rumah tersebut sehingga mereka tidak sempat melarikan diri.

“Walaupun ketika serbuan, ada penagih dadah sempat melarikan diri, kita berjaya menahan lapan suspek yang sedang asyik menghisap dadah.

“Serbuan adalah hasil aduan orang kampung yang curiga dengan kehadiran ramai orang di premis tersebut tidak mengira masa,” katanya.

Kok Liang berkata, pengedar dadah di kawasan itu menjalankan promosi menarik dengan menawarkan hutang bagi pembelian bekalan dadah berkenaan.

"Kita percaya, penagih dadah mendapatkan bekalan dadah daripada Sabak Bernam, Selangor iatas faktor geografi kerana kawasan itu bersempadan dengan negeri tersebut," katanya.

Katanya, pemeriksaan saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan mereka kini ditahan reman.

“Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)