Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Fouziah Gous akhiri zaman solo September ini
#1
[Image: fouziah-zhaf.jpg]

Aktres jelita Fouziah Gous bakal mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya, Md Zhafran Md Yusof pada hujung minggu ini hari Sabtu dan pasangan ini telah memilih bulan September akan datang untuk mendirikan rumah tangga.

Fouziah tidak gemar membuang masa dalam menjalin hubungan percintaan kerana dia lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin.

"Zhaf mengenali perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya percintaan selepas berkahwin. Disebabkan itu, dia melamar walaupun beberapa bulan bercinta," jelasnya.

Tambah aktres berusia 30 tahun ini lagi, dengan mempunyai ikatan sah ini ia dapat mengelak daripada difitnah.

"Apabila ada ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika sering dilihat bersama," akhirinya.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
tahniah Winking
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)