Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Flynas terbang ke Malaysia pada April
#1
[Image: image.jpg]

PENERBANGAN tambang rendah Arab Saudi, flynas sudah bersedia untuk memulakan perkhidmatan, dengan penerbangan jarak jauh sulungnya ke Malaysia dijadualkan April ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Raja M.Azmi berkata Malaysia dipilih sebagai destinasi pertamanya memandangkan negara ini membawa bilangan terbesar jemaah haji dan umrah ke Arab Saudi.

"Tahun lepas kira-kira 229,000 rakyat Malaysia menunaikan haji dan umrah. Malaysia juga dikenali sebagai destinasi pelancongan yang terkenal dalam kalangan warga Saudi, dengan 73,000 pelancong negara itu melawat Malaysia antara Januari dan September 2013.

"Kami menjangkakan momentum tahun lepas diteruskan tahun ini. Kami menganggarkan kira-kira 4,000 ke 5,000 pelancong dari Kuala Lumpur ke Jeddah setiap bulan dan berharap jumlah itu meningkat dua kali ganda tahun hadapan," kata Azmi kepada pemberita selepas pelancaran penernagan sektor Kuala Lumpur-Jeddah dan Jeddah-Kuala Lumpur hari ini.

Sektor itu dijadualkan menawarkan penerbangan tiga kali seminggu bermula awal April 2014, dengan tambang permulaan daripada RM1,500 bagi kelas ekonomi dan RM5,000 bagi kelas pertama.

Azmi berkata pembabitan dalam pasaran jarak jauh telah diumumkan secara rasmi sempena Pertunjukan Udara Dubai November tahun lepas.

Beliau berkata penerbangan bajet ini juga merancang memperluas laluan penerbangannya untuk meliputi destinasi jarak jauh di Eropah, Asia dan Afrika pada suku kedua tahun ini.

Mengenai rancangan pengembangannyam beliau berkata syarikat penerbangan ini akan menambah 40 hingga 50 pesawat A330 dalam kumpulan antara empat dan lima tahun akan datang.

Kumpulan pesawat flynas kini terdiri daripada 27 Airbus A320 dan pesawat A330," katanya.

Flynas yang sebelum ini dikenali sebagai Nas Air, menyasarkan 20 juta penumpang setiap tahun menjelang akhir tahun 2020 melalui pengembangan destinasi jarak jauhnya. - Bernama
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)