Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Filem Malaysia Tidak Berkembang ?
#1
[Image: Poster_Jin_Hutan(filem).jpg]

Quote:Kalau tgk filem Malaysia sekarang ni kan. Genre yang tak lari adalah seram, lawak dengan gangsterism. Too mainstream. Adakah pengarah filem Malaysia tak boleh lari dari mencipta idea baru untuk mengarah filem ?

Adakah dengan membuat genre filem diatas menggunakan kos yang rendah dan sudah ada peminat sendiri. Kalau ya sampai bila hendak menggunakan alasan tersebut.

Berbanding dengan negara lain pula, ada filem yang menggunakan bajet rendah akan tetapi popular satu dunia. Mungkin jalan ceritanya tidak membosankan.

Dan masalah filem di Malaysia adalah seringkali dilakonkan oleh orang@pelakon yang sama. Seperti negara jiran kita Indonesia, apa yang saya perhatikan adalah, pelakon untuk sinetron orangnya lain, kalau filem seram orangnya lain, kalau filem-filem lain pun orangnya lain.

Banyak pencarian bakat baru yang ada kat Malaysia ni. Dan saya rasa kalau gunakan bakat baru, kos untuk mengupah artis dapat dikurangkan dan kita dapat lagi bakat2 baru yang boleh dikembangkan.

Berkenaan dengan mempertambahkan idea untuk filem Malaysia, kita harus mempunyai pengarah yang berkaliber contoh kalau diberikan satu tugas untuk membuat filem tentang "kunci", pengarah tersebut sudah dapat memberikan gambaran filem tentang "kunci". Boleh jadi cerita kunci ni dibuat menjadi cerita aksi, seram, fiction, lawak dan lain-lain.

Saya percaya ada pengarah Malaysia mempunyai bakat mengarah akan tetapi saya tidak tahu apakah halangannya.

Dan peranan videografi juga memainkan peranan yang penting. Kalau tengok produksi dari luar buat filem di Malaysia, kita boleh nampak Malaysia tu sendiri berlainan dengan apa yang kita selalu tgk kat TV. Contoh macam cerita Don 2, penggunakan kamera mereka sangat advanced.

Dengan teknologi komputer yang ada sekarang ni, walaupun dengan bajet rendah, kita mampu menghasilkan filem menarik. Baru kita boleh masuk pasaran antarabangsa.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)