Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Fenomena Perihelion (Matahahari paling dekat dengan bumi) dijangka bermula esok
#1
[Image: image.jpg]

SHAH ALAM - Fenomena Perihelion ini terjadi apabila kedudukan matahari berada paling hampir dengan permukaan bumi dijangka akan bermula esok

Menurut Profesor Pelawat Program Astronomi Islam, Universiti Malaya,Datuk Profesor Dr Mohd Zambri Zainuddin berkata, matahari akan berada di titik paling hampir dengan bumi

“Semasa fenomena berlaku, Matahari akan berada di jarak 147,100,998 kilometer (km) dari Bumi berbanding pada kebiasaannya iaitu di 149,600,000 km

“Fenomena perihelion berlaku apabila Bumi melengkapkan putaran 365 hari mengelilingi orbitnya yang berbentuk elips (bujur),” katanya

Tambahnya lagi, terdapat sedikit perubahan suhu yang berlaku semasa fenomena ini namun tiada yang mendatangkan bahaya

Orang ramai juga diminta tidak panik atau cemas memandangkan fenomena ini sering berlaku saban tahun

“Memandangkan jarak Matahari yang dekat dengan Bumi, ia mungkin akan menyebabkan suhu cuaca sedikit tinggi daripada kebiasaannya, walaupun begitu ia tidak menyebabkan kepanasan yang melampau atau ‘heatwave’

“Perbezaan saiz Matahari juga dapat dilihat tetapi tidak begitu ketara dan kita di Malaysia tidak dapat melihat fenomena ini kerana ia berlaku pada waktu malam, pukul 10.18 malam,” jelasnya

Katanya lagi, para saintis di seluruh dunia akan menggunakan kesempatan ini untuk mengambil ukuran radiasi matahari dan merekodkannya

Bagaimanapun, pada 4 Julai nanti, bumi akan mengalami satu lagi fenomena iaitu Aphelion di mana ketika itu, matahari akan berada pada jarak paling jauh dengan bumi

http://www.sinarharian.com.my/nasional/f...k-1.606200
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)