Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Faizul Juara Akademi Fantasia 2013
#1
[Image: faizuljuara.jpg&portalid=18]

Faizul Tewaskan Azhael, Muncul Juara AF2013

KUALA LUMPUR, 18 NOV 2013: Selepas 10 minggu bersaing bersama 11 pencabar lain dalam Akademi Fantasia 2013 (AF2013), akhirnya Faizul telah diisytiharkan sebagai juara sebentar tadi dalam Konsert Akhir AF2013.

Kemenangan Faizul itu diumumkan oleh hos AF2013, Zizan Razak bersama hos diari AF2013 Hefny Sahad selepas Faizul mendapat undian SMS tertinggi berbanding lima finalis lain yang turut bersaing dengannya pada malam final itu.

Dengan kemenangan ini, Faizul atau Mohd Faizul Sani, 28, telah membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 bersama sebuah trofi selain mendapat kontrak rakaman bernilai RM100,000. Dalam konsert final ini Faizul telah menyampaikan dua buah lagu iaitu Hanyut nyanyian asal Inspirer pertama AF2013, Faizal Tahir serta sebuah lagu baru yang dicipta untuknya sendiri bertajuk Sepasang Sayap.

Saingan terdekat Faizul pula ialah Azhael, duo yang dimasukan kembali atas undian AFMASUK. Mereka telah merangkul gelaran naib juara dan telah membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 bersama sebuah trofi. Dua lagu yang dipersembahkan oleh Azhael Ialah Penglipur Lara dari Hazama dan lagu sendiri bertajuk Hentian Terakhir.

Pemenang tempat ketiga AF2013 ialah Amira dan dengan gelaran itu dia telah membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 bersama sebuah trofi. Dua lagunya ialah Terlalu Istimewa nyanyian asal Adibah Noor dan lagu sendiri, Sesaat Untukku.

Indah adalah pemenang tempat keempat dan tidak mengecewakan dengan membawa pulang wang tunai RM10,000 bersama sebuah trofi. Lagu Indah pada malam tadi ialah Jagalah Diri nyanyian asal Jaclyn Victor dan Percayalah yang merupakan lagu sendiri.

Tempat kelima dan keenam pula menjadi milik Nabila dan Aisyah. Nabila selaku pemenang tempat kelima juga berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 bersama trofi.

Hadiah telah disampaikan oleh Inspirer terakhir AF2013 iaitu Dato` Siti Nurhaliza yang juga turut membuat persembahan dengan lagu Seindah Biasa.

Tiga pengkritik tetap yang terus setia sehingga ke konsert akhir AF2013 ini ialah Edry Abd Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz.

Konsert Akhir AF2013 telah bersiaran secara langsung dari Stadium Negara, Kuala Lumpur dan ditayangkan di Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Sumber: Murai
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)