Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Facebook Bantu Kuruskan Badan?
#1
Kaji selidik yang telah dijalankan baru-baru ini menunjukkan rangkaian sosial, Facebook ternyata menjadi salah satu faktor bagi seseorang itu untuk berdiet.

Ini kerana ramai yang bersemangat dan tekad untuk berdiet semata-mata untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik untuk dimuat naik dan dikongsi bersama rakan-rakan pengguna lain.

Kajian itu telah dijalankan oleh Fitbit, San Francisco, merupakan sebuah syarikat yang prihatin terhadap pembangunan kesedaran kesihatan.

Menurut kaji selidik itu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pengguna Facebook yang menggunakan medium itu untuk menyiarkan gambar-gambar mereka.

Antara gambar-gambar yang sering dimuat naik adalah seperti gambar peribadi, gambar bersama rakan-rakan serta gambar percutian.

Justeru, ia membuatkan seseorang untuk nampak tampan mahupun cantik di dalam gambar yang dimuat naik.

Selain itu, ada juga di antara mereka yang berasa kurang selesa apabila gambar percutian yang mempunyai bentuk badan yang tidak ideal telah dimuat naik untuk tontonan umum.

Lantas, ada di antara mereka yang tekad serta bermotivasi untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal sebelum percutian seterusnya.

Pada masa yang sama, kaji selidik yang dilakukan itu turut mendapati satu dari tiga orang pengguna Facebook telah ‘untagged’ gambar-gambar mereka yang menampakkan bonjolan lemak serta bentuk badan yang tidak menarik.
Malah, kajian turut mendapati hanya 14 peratus sahaja orang yang berdiet atas sebab-sebab kesedaran kesihatan.

Nampaknya, pesanan khidmat masyarakat serta iklan kesedaran kesihatan tidak membantu mereka untuk menurunkan berat badan sebaliknya Facebook berjaya menjadi medium terpenting bagi membimbing golongan sebegini.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
Bahaya menggadap screen komputer lama-2 nnti mri penyakit .
http://sayacikguhafiz.blogspot.com/2010/...depan.html
[Image: getimage.php?f=creative.crt.image&id=9003]
Reply
Thanks given by:
#3
tips hadap komputer ni. setengah jam skali buat rengagan badan.. Lari setempat ke.. Baru tgk balik Winking
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
(06-25-2012, 05:29 PM)gamemaster Wrote: tips hadap komputer ni. setengah jam skali buat rengagan badan.. Lari setempat ke.. Baru tgk balik Winking



Sy ngadap kmputer 3-4jam shari xkurus pon ,
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)