Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Erra Fazira Minta Jangan Tanya Punca Rumah Tangga Retak
#1
[Image: erra+fazira+3.jpg]

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira meminta agar tidak lagi ditanya apakah punca keretakan rumah tangganya dengan Engku Emran sehingga membawa kepada perceraian mereka pada Selasa.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, berkata, segala spekulasi mengenai rumah tangganya yang tersebar sejak dua tahun lalu telah terjawab dengan penceraian tersebut.

"Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya," kata Erra ketika ditemui sejurus selesai kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Selasa.

Erra dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, sah bercerai dengan talak satu kira-kira pukul 12.50 tengah hari Selasa yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain.

Pelakon itu kelihatan tenang manakala Engku Emran sebak ketika melakukan lafaz tersebut.


Dalam pada itu, Erra menegaskan penceraian berlaku secara baik atas persetujuan kedua-dua belah pihak selain mengambil kira kepentingan anak mereka, Engku Aleesya, yang kini berusia lima tahun.

Jelas Erra, mereka telah berbincang dengan mendalam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

"Penceraian ini adalah secara baik dan Alhamdulillah ia selesai tanpa sebarang masalah," katanya.

Bagaimanapun, Erra enggan mengulas mengenai keputusan memberi hak penjagaan anak kepada bekas suaminya.

Pasangan itu berkahwin pada 25 Oktober 2007.

Keretakan hubungan pasangan itu mula mendapat perhatian sejak dua tahun lalu apabila Erra dan Engku Emran dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung selain lelaki itu dikatakan sudah berkahwin dengan wanita lain tetapi dinafikannya.

Terdahulu Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)