Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Empat minit samun stesen minyak
#1
KUALA LUMPUR – Hanya dalam tempoh kurang empat minit, empat penjenayah bersenjata mampu memecahkan cermin pintu sebuah stesen minyak dan melarikan wang tunai dalam kejadian samun di Wangsa Melawati, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, dua pekerja termasuk seorang warga Bangladesh sedang mengemas barang di kaunter.

Menurut mangsa yang enggan dikenali, dia melihat dua motosikal ditunggangi empat lelaki di mana tiga daripada mereka meluru ke arah pintu utama.

Katanya, dia melihat seorang suspek memegang tukul besi dan seorang lagi membawa parang panjang.

“Kejadian berlaku dengan pantas. Mereka mengetuk pintu cermin dan apabila cermin pecah, mereka meluru masuk ke arah kaunter.

“Mesin wang ditarik dan wang tunai berjumlah RM1,700 diambil. Rokok pelbagai jenama dan satu telefon bimbit turut dilarikan,” katanya.

Difahamkan, stesen minyak ini pernah disamun tahun lalu.

Katanya, ketika kejadian, mereka terpaksa menuruti segala kemahuan suspek kerana bimbang dengan keselamatan diri.

“Kami tidak dicederakan dan mereka terus melarikan diri dengan menunggang melawan arus ke arah Wangsa Maju,” katanya.

Difahamkan, terdapat sekatan jalan di laluan bersebelahan dan polis mengejar suspek yang ketika itu menunggang melawan arus. Bagaimanapun, suspek dapat melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi selepas mendapat laporan berhubung kejadian tersebut.

“Kita sudah mengenal pasti suspek yang terlibat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. Gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, stesen minyak yang beroperasi 24 jam ketika itu tiada pelanggan lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
dasat tu. 4 minit je
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)