Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Duta: Hubungan Malaysia-Korea Selatan baik
#1
[Image: image.gif]

KUALA LUMPUR - Hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Malaysia berada dalam keadaan yang baik.

Duta Besar Duta Korea Selatan ke Malaysia Cho Byungjae berkata ini dapat dilihat daripada penyertaan aktif syarikat-syarikat Korea Selatan di negara ini.

Syarikat-syarikat Korea sangat aktif di Malaysia. Menara Kembar Petronas dan Jambatan Pulau Pinang merupakan antara projek yang disertai syarikat-syarikat Korea Selatan, selain projek luar pesisir di industri minyak dan gas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong di sini pada Selasa.

Cho berkata perdagangan juga menyaksikan pertumbuhan luar biasa, dengan dagangan dua hala tahun lepas bernilai US$18 bilion (RM54 bilion).

Beliau berkata pelaburan Korea Selatan di Malaysia bernilai lebih US$10 bilion (RM30 bilion) dan pelaburan Malaysia di Korea Selatan pula berjumlah US$ 6 bilion (RM18 bilion).

Menurut Duta Besar itu, perdagangan dua hala menyaksikan pertumbuhan purata antara tiga dan empat peratus setahun.

Cho bagaimanapun berkata masih ada ruang untuk memperluas kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya

Menyentuh Program Transformasi Ekonomi Malaysia (ETP), beliau berkata ia boleh menawarkan ruang yang lebih luas untuk kerjasama dua hala.

"Malaysia berada pada kedudukan yang sama seperti Korea Selatan. Selepas beberapa perkembangan, kita memerlukan anjakan paradigma dalam ekonomi.

Kita juga perlu mewujudkan situasi sama-sama menang dalam hubungan dua hala pada masa ini, terutama dari segi ekonomi," katanya.

ETP dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September 2010 yang dirangka sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Nasional Malaysia.

Ia juga bermatlamat meningkatkan status negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, dengan menyasarkan pendapatan negara kasar per kapita sebanyak US$15,000.

Cho berkata Malaysia akan mengambil alih jawatan pengerusi Asean pada 2015, dan oleh itu, akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean.

Tahun itu juga disasarkan untuk penubuhan Komuniti Ekonomi Asean (AEC).

"Ini akan menjadi peristiwa bersejarah dan penting bagi Malaysia," katanya dan menambah, Korea Selatan percaya bahawa Sidang Kemuncak 2015 akan menjadi satu lagi peristiwa penting dalam pembangunan kumpulan Komuniti Asia Timur.

Korea Selatan sedia bekerjasama dengan Malaysia ke arah itu dan akan berusaha meningkatkan kerjasama dengan Asia Timur," katanya.

Ditanya mengenai tarikh yang disasarkan untuk pembentukan Komuniti Asia Timur, Cho berkata negara itu telah meningkatkan kerjasama sejak dua tahun lepas dan telah menubuhkan Sekretariat Tiga Pihak (Trilateral) di Seoul.

Duta besar itu mendapati Malaysia aktif menyuarakan kerjasama serantau. Beliau menegaskan bahawa Korea Selatan, sebagai tiga rakan dialog Asean (Asean campur 3), sentiasa mengadakan dialog dan perbincangan dengan negara anggota Asean kepada perkongsian dua hala.

"Malah, Asean telah menjadi destinasi nombor satu bagi pelaburan langsung asing Korea Selatan," katanya.

Mengulas mengenai lawatan beliau ke Bernama, Cho berkata ia bertujuan untuk memahami peranan agensi berita nasional dan operasinya dalam menghasilkan berita melalui beberapa medium.

"Saya menghargai apa Bernama lakukan. Kami bergantung kepada berita Bernama kerana ia merupakan sumber yang boleh dipercayai," katanya selepas taklimat oleh Yong.

Turut hadir pada taklimat itu ialah Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Datuk Zakaria Wahab, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Ahmad Zukiman Mohd Zain, Pengarah Nam News Network Musa Scully dan Editor Meja Isu Khas dan Rencana Mohamad Nasir Yusoff.

Delegasi dari Kedutaan Korea Selatan terdiri daripada Menteri dan Konsul Ketua Umum/Timbalan Perwakilan Yoon Changyul, Penasihat Politik Park Heung Kweun, Penasihat Ekonomi Park Jung Sung dan Setiausaha Pertama Koh Sang Wook. - Bernama
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)