Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Dua lagi negara bekal pengawal keselamatan
#1
[Image: 43.jpg]


PUTRAJAYA 6 Sept. - Kementerian Dalam Negeri bersetuju membenarkan dua lagi negara menjadi sumber untuk tenaga kerja pengawal keselamatan sebagai alternatif kepada sumber daripada Nepal.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat-syarikat kawalan keselamatan bagaimanapun perlu memenuhi nisbah pekerja warga tempatan terlebih dahulu sebelum mengambil pekerja warga asing.

"Kabinet akan putuskan negara-negara itu dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita dalam majlis perjumpaan beliau bersama ahli-ahli lembaga pengarah, pengurus syarikat dan pelanggan industri kawalan keselamatan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, kementeriannya tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang terbabit dalam kegiatan kongsi gelap.

"Saya tidak akan memberi amaran kerana tindakan pembatalan lesen akan dilakukan serta-merta sekiranya ada bukti," katanya. 
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)