Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
'Dropped calls': SKMM kompaun DiGi, Celcom dan Maxis RM190,000
#1
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan kompaun berjumlah RM190,000 kepada tiga syarikat telekomunikasi utama kerana melanggar syarat-syarat lesen mereka, terutamanya berkenaan aduan orang ramai mengenai panggilan terputus atau dropped calls.

DiGi Telecommunications Sdn Bhd telah dikompaun RM100,000-00 bagi empat kompaun berasingan, Celcom Axiata dikompaun RM60,000-00 bagi tiga kompaun berasingan, manakala Maxis Mobile Services Sdn Bhd dengan dua kompaun berasingan
berjumlah RM30,000-00.

"Syarikat-syarikat telekomunikasi telah diberi masa dan peringatan yang mencukupi untuk menyelesaikan aduan yang diterima daripada pelanggan mereka mengenai peningkatan kejadian panggilan terputus sejak kebelakangan ini.

"Sebagai pengawal selia industri, kami tidak mempunyai pilihan melainkan untuk mengeluarkan saman kepada mereka kerana gagal mencapai piawaian dan tahap perkhidmatan yang ditetapkan," kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM dalam satu kenyataan hari ini.

Kompaun dikeluarkan berdasarkan hasil ujian yang dijalankan oleh SKMM di beberapa lokasi di negara ini.

Lebih banyak ujian sedang dijalankan di seluruh negara untuk mengukur kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi, kata SKMM.

Menurut Mohamed Sharil, KMM sedar bahawa syarikat telekomunikasi telah mula menaik taraf dan melaksanakan usaha untuk mempertingkat kualiti perkhidmatan mereka di negara ini tetapi beliau menegaskan ia harus dipercepatkan.

"Orang ramai tidak patut bertolak ansur dengan peningkatan kejadian panggilan terputus atau mutu perkhidmatan yang buruk,” katanya.- Bernama
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
wahh..tahniah2..
mmg patut pon bg saman skit..asyik prob j..
nk call xbole..msg xbole..padahal line penuh je...
skali skale saman ape salahnyee....diorg da kaye :P
Reply
Thanks given by:
#3
dropped calls ni camna eh
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
kalo xsilap..dropped call ni bar signal tetibe ilang terus...
mcm kite keluar dr zon signal..padahal sblm tu full bar..
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)