Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Dicanang cecah jutaan ringgit, tokek kini cuma RM15 seekor
#1
[Image: 3ons2.jpg]

PENGKALAN HULU, 14 Ogos — Dijanjikan jutaan ringgit, seorang lelaki hampa apabila cicak tokek atau gecko peliharaannya hanya mampu dijual RM15 seekor kepada kedai haiwan peliharaan selepas lima tahun beliau membelanya bagai menatang minyak yang penuh.

Lelaki yang dikenali sebagai Hamid, 58, merupakan antara puluhan penternak cicak tersebut yang tertarik dengan tawaran kononnya reptilia itu boleh dijual hingga mencecah harga puluhan juta ringgit seekor.

“Lima tahun kami menunggu saat bergelar jutawan tokek. Malangnya semua itu temberang. Kami dikelentong hidup-hidup,” katanya seperti dilaporkan Metro Ahad.

Hamid berkata semuanya bermula apabila ramai orang luar datang ke kampungnya di Hulu Perak, berpura-pura menjadi pemborong tokek yang kononnya mahu dieksport ke Singapura dan Eropah.

“Ada antara lelaki asing muncul menaiki kereta BMW memberitahu hanya tokek yang mencapai berat 330 gram dan ke atas mempunyai harga untuk dipasarkan.

“Dia mendakwa cicak tokek pada saiz itu akan mengeluarkan enzim khas yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit maut,” katanya.

Menurutnya, beliau dan penternak tokek lain dimaklumkan harga seekor tokek dewasa boleh mencecah RM450,000 jika beratnya mencapai antara 380 hingga 390 gram.

Malah jika reptilia itu mempunyai berat 400 gram boleh dijual pada harga RM5.5 juta dan yang mencapai berat 900 gram ke atas boleh dijual sehingga RM75 juta seekor.

Seorang lagi rakannya yang mahu dikenali sebagai Wan, 54, berkata tawaran itu menyebabkan beliau dan rakan lain teruja mencari tokek di dalam hutan hingga ke Hulu Terengganu.

“Pelbagai janji bulan dan bintang ditabur menyebabkan ada penduduk kampung sanggup keluar masuk hutan untuk menangkap cicak ini. Malah ada yang meninggalkan hobi membela burung murai atau merbuk,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Majlis Kanser Nasional (Makna), Farahida Mohd Farid berkata walaupun ada kajian penawar kanser menggunakan tumbuh-tumbuhan atau spesis haiwan tertentu, keberkesanan tokek masih belum terbukti.

“Ada penyelidik di luar negara menggunakan spesis cicak untuk mencari penawar barah atau pencegah kanser, namun bukan spesis ini dan di Malaysia juga tiada kajian saintifik mengenainya,” katanya mengulas dakwaan kononnya tokek mampu menyembuhkan kanser hingga dikatakan dijual jutaan ringgit dalam pasaran gelap.

http://www.themalaymailonline.com/projek...IDewr.dpuf
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)