Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Dewan Negara Luluskan Rang Undang-undang MIROS. Jalan 90 km/j mungkin ke 60 km/j
#1
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Rang Undang- Undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 2012, yang akan berfungsi membantu pembangunan dan pentadbiran keselamatan jalan raya secara teratur, diluluskan Dewan Negara Selasa.

Bertujuan mewujudkan badan khusus untuk menjalankan penyelidikan berhubung keselamatan jalan raya, rang undang-undang itu diluluskan setelah dibahas 10 anggota dewan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, berkata pembentangan tersebut mencipta sejarah tersendiri kerana MIROS, yang ditubuhkan pada 2007, mampu lebih berperanan selain diperakui seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Beliau berkata antara lain, MIROS dipertanggungjawabkan untuk mengkaji polisi dan kaedah serta melaksanakan beberapa peraturan baru, khususnya peraturan antarabangsa yang ingin dilaksanakan di negara ini.

Peranan itu berbeza dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kerana tugas utama agensi tersebut lebih menjurus kepada pelaksanaan program advokasi keselamatan jalan raya, katanya.

Mengulas kelayakan menjadi pelatih pemandu di sekolah memandu, Abdul Rahim berkata setiap warganegara Malaysia adalah layak dengan syarat mereka menjalani dan lulus sijil pengajar institut pemandu anjuran Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia.

Beliau berkata kursus itu merupakan syarat wajib perlu diikuti bagi memastikan tenaga pengajar mendapat ilmu dan teknik yang sama sebelum bertugas di sekolah memandu.

Mengenai penggunaan kereta pelbagai saiz meliputi jenis salon dan sedan sebagai kenderaan latihan dan ujian memandu, beliau berkata kementerian mendapati penggunaan itu tidak mengganggu tahap kecekapan pemanduan di jalan raya sebenar.

Selain itu, katanya, bagi meningkatkan kesedaran berhubung aspek keselamatan di kalangan rakyat, kementerian dengan kerjasama Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pendidikan keselamatan jalan raya di 1,000 sekolah rendah terpilih sejak 2007.

Sehingga tahun lepas, semua murid sekolah rendah diajar pendidikan keselamatan jalan raya sebagai sebahagian daripada mata pelajaran bahasa Malaysia.

Mengulas permintaan untuk kenaikan kadar had laju di lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan negeri, Abdul Rahim berkata ia sukar dipenuhi kerana reka bentuk lebuh raya di negara ini dibina khusus untuk kelajuan tidak melebihi 110 kilometer sejam.

"Bagi kategori jalan persekutuan atau negeri, had laju kebangsaan ialah 90 kilometer sejam ((90kmj), yang perlu dikurangkan kepada 70 atau 60 kmj jika terdapat banyak jalan keluar masuk atau pembangunan pesat di tepi jalan," katanya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
uik. bole belari sebelah keta kalau speed camtu
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)