Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Dana Khas Untuk Galakkan Keusahawanan Belia Di Bawah 1MET Akan Diumum.
#1
[Image: FW299469_GES26_111013_GES_2013-scr.jpg]

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu tabung khas untuk menggalakkan keusahawanan dalam kalangan golongan muda di bawah Program Keusahawanan 1Malaysia (1MET), yang akan diperincikan pada pembentangan Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini.

Pengumuman yang dibuat pada sesi soal jawab 1MET, menerima sambutan gemuruh daripada 5,000 peserta acara itu, yang dianjurkan di luar Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) ke-4 di sini hari ini.

Setiausaha Negara AS John Kerry menyertai Najib pada acara itu di mana mereka menghabiskan kira-kira 30 minit untuk berinteraksi dengan peserta.

1MET, satu siri program kem latihan yang dianjurkan dengan StartupMalaysia untuk membimbing dan membantu usahawan muda juga akan diadakan setiap tahun.

"Mereka mempunyai idea yang menarik. Idea yang boleh menjadi ejen perubahan dan ini hanyalah satu permulaan. Kami percayakan golongan muda, dan saya tidak mahu ini hanya menjadi satu kenyataan retorik. Kita mesti menyalurkan golongan muda ini dalam satu cara di mana kita boleh membantu mereka merealisasikan impian mereka," kata Najib.

Perdana menteri juga menggalakkan golongan belia untuk memupuk impian yang besar dan menjadi lebih bercita-cita tinggi.

"Kami baru saja mengumumkan penubuhan MaGIC (Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia) di Cyberjaya. AS juga akan memulakan program baharu yang akan menyokong dan melatih setengah juta usahawan di 1,000 bandar raya di seluruh dunia, termasuk Malaysia, sepanjang beberapa tahun depan," kata Najib.

Sementara itu, Kerry berkata orang ramai tidak perlu teragak-agak untuk tampil ke hadapan untuk bekerjasama dengan usahawan AS.

"Sesiapa yang mahu bekerjasama, sila jangan teragak-agak untuk menghubungi kedutaan kami, pegawai ekonomi kami. Saya baru sahaja mengumumkan hari ini bagi pihak Presiden (Barack) Obama bahawa kami mewujudkan satu pusat yang akan bekerjasama dengan usahawan di seluruh rantau ini," kata beliau.

Kerry berkata pusat itu akan diterajui oleh Setiausaha Perdagangan, Penny Pritzker, yang turut merupakan seorang usahawan.

-- BERNAMA
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)