Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Cukup sekali tunai haji, gesa Mufti Besar Arab Saudi
#1
[Image: lu_13.1.jpg]

JEDDAH 10 Okt. - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh menggesa umat Islam yang telah pernah menunaikan haji, supaya mengelak daripada mengulanginya bagi memberi peluang dan keselesaan kepada jemaah kali pertama yang terlalu ramai.

Beliau menasihatkan umat Islam terlibat supaya menyedekahkan wang yang sepatutnya untuk menunaikan haji itu kepada sesiapa yang memerlukan.

Berucap dalam satu persidangan anjuran Kementerian Haji di Mekah, beliau berkata, ibadah haji sebenarnya hanya difardukan kepada setiap orang sekali dalam seumur hidup.

"Rasulullah (S.A.W) menunaikan haji hanya sekali. Umat Islam harus mengikutinya dan menjadikan haji mudah bagi setiap orang," katanya, lapor portal berita Arab News.

Sheikh Abdul Aziz menegaskan, tanggungjawab setiap Muslim ialah menyempurnakan ibadah haji sekali dalam hidupnya dan tiada keperluan untuk mengulanginya terutama pada tahun ini dan akan datang apabila jumlah jemaah terlalu ramai datang dari seluruh pelosok dunia. - ARAB NEWS
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
ada duit lebih buat umrah Winking
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)