Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Coli, seluar dalam merah laris 10 kali ganda pada Tahun Baru Cina
#1
[Image: 121438730728785.jpg?resize=681%2C444]

SINGAPURA — Warna merah dipandang tinggi sebagai warna beruntungan di seluruh Asia kerana dianggap kononnya dapat mengusir roh jahat dan membawa kemurahan rezeki, menurut kepercayaan sesetengah masyarakat tempatan.


Trend popular ini dapat dilihat di banyak negara antaranya Singapura, apabila kebanyakan orang akan mengenakan baju berwarna merah, malah termasuk pakaian dalam yang berwarna merah, khusus untuk menyambut Tahun Baharu Cina.

Perkara itu diakui pengeluar pakaian dalam terbesar di dunia, Triumph International yang mendedahkan penjualan produk berwarna merah lazimnya meningkat 10 kali ganda pada musim perayaan tersebut di Singapura dan Malaysia.

Stesen terkenal BBC di Singapura melaporkan, penjualan pakaian dalam warna merah oleh syarikat antarabangsa berasal dari Jerman yang diasaskan pada 1886 itu amat laris luar biasa termasuk pada hari kekasih atau disebut Valentine.

“Semua orang ingin memakai pakaian dalam warna merah pada hari pertama Tahun Baharu Cina dan Valentine. Atas faktor itu, kami kena keluar lebih banyak pakaian dalam khas berwarna merah,” kata pengarah Triumph Singapura, Doy Teo.

Ujar beliau, warna merah sering dirrujuk sebagai warna keberuntungan dan ramai pelanggan wanita di Malaysia dan Singapura sanggup berbelanja besar dengan membeli paling pun tidak satu pasang lengkap sebelum tiba hari perayaan tersebut.

“Sudah menjadi tradisi setiap kali tahun baharu tiba, saya harus mengenakan pakaian baharu, termasuk pakaian dalam dan warnanya mesti merah… itu warna yang penuh harapan,” kata seorang pembeli tempatan yang ditemui BBC.

Triumph yang pernah memiliki 33,000 pekerja di seluruh dunia dan kini dijual di 120 negara mula memperkenalkan produk pakaian dalam wanita pada 1922; dengan menguasai lebih 50 peratus pasaran jualan Asia kebanyakannya di Jepun. – Agensi

http://mynewshub.cc/2015/02/19/coli-selu...haru-cina/
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)