Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
China mula bina superkomputer terpantas di dunia
#1
[Image: china-fastest-superco_kuma759.jpg]

Sunway Taihulight milik China merupakan komputer terpantas di dunia ketika ini. - Ihsan Imagechina

BEIJING: China mula membina prototaip komputer berkuasa tinggi yang mampu beroperasi 10 kali ganda lebih laju berbanding sistem komputer terpantas yang wujud di dunia ketika ini.

Menurut agensi berita Xinhua, kapasiti pengiraan model terbaharu komputer itu menyamai 20 juta komputer atau seluruh populasi di dunia perlu menggunakan kalkulator secara serentak selama 320 tahun untuk melakukan pengiraan komputer tersebut yang hanya mengambil masa seminit.

Malah komputer terpantas di dunia ketika ini, Sunway Taihulight juga dibangunkan oleh kerajaan China dan Pusat Kajian Teknologi dan Kejuruteraan Komputer Kebangsaan akan membina sebuah lagi komputer yang lebih laju.

Komputer tersebut akan memiliki keupayaan melakukan 1,000 quadrilion sesaat iaitu 10 kali ganda lebih pantas berbanding Sunway Taihulight.

Pengarah Pusat Komputer Berkemampuan Tinggi Kebangsaan, Yang Meihong berkata, komputer baharu itu akan dibinua di Jinan dan merupakan usaha China untuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi Barat.

Komputer berkemampuan tinggi boleh melaksanakan banyak tugas termasuk misi pencarian minyak, perubatan biologi dan reka bentuk animasi.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-du...rkomputer/
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Wah, semakin pesat yaa teknologi yang dihasilkan oleh china. Kita tidak boleh kalah saing nih. Saya kenal dengan beberapa kawan, salah satunya teman kerja saya seorang IT di perusahaan kontraktor bangunan yang mengamati beberapa teknologhi komputer yang berkembang. Dan salah satunya Sunway Taihulight.
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)