Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Catatan baharu astronomi kaum Maya ditemui
#1
[Image: du_05.1.jpg]

GAMBAR menunjukkan lukisan yang terdapat di dinding sebuah bilik peninggalan kaum Maya di hutan Xultun, Guatemala.

NEW YORK - Sekumpulan arkeologi menemui sebuah bilik kecil peninggalan kaum Maya di hutan hujan Xultun di Guatemala.

Dinding bilik berkenaan terdapat catatan mengenai ilmu astronomi dan kalendar Maya yang berusia sekitar 1,200 tahun.

Ia merupakan rekod astronomi Maya yang tertua. Rekod itu 600 tahun lebih tua daripada penemuan sebelum ini.

Dinding itu turut mempunyai pelbagai bentuk lukisan.

Beberapa pakar berkata, rekod itu tidak mempunyai ramalan tentang kiamat. Beberapa kalendar Maya lain menyatakan dunia akan kiamat pada Disember depan.

Kalendar dinding itu mengandungi kiraan tarikh melebihi tempoh 6,000 tahun sekali gus melangkaui tahun 2012.

"Mengapa kaum Maya bersusah payah untuk melakukan pengiraan itu jika mereka tahu bahawa dunia akan kiamat pada tahun ini?" kata seorang pakar astronomi Maya daripada Universiti Colgate di New York, Anthony Aveni.

Aveni bersama seorang ahli arkeologi Universiti Boston, William Saturno dan beberapa pakar lain melaporkan penemuan tersebut dalam jurnal Science yang disiarkan semalam. - Agensi
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Puak ni yg ramal Nibiru tak jadi tu kan ??
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
rasanya nibiru tu diperbesar2kan oleh fanatik
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 2 Guest(s)