Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Cadangan masukkan nama peminjam PTPTN dalam CCRIS bertujuan mendidik
#1
Shocked 
KUALA LUMPUR - Cadangan menyenarai nama mereka yang gagal membayar semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) perlu dilihat dalam konteks mendidik dan bukan menghukum.

Pengurus Besar Kanan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat berkata, tindakan itu juga boleh menjurus kepada peminjam menguruskan kewangan masing-masing dengan lebih baik.

"Apa yang penting sekarang kita harap peminjam yang mempunyai masalah

bayaran semula supaya datang berunding tentang mekanisme pembayaran secara berkala," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jelasnya, terdapat terma dan syarat tertentu yang boleh dirunding bagi peminjam yang memikirkan mereka tidak mampu membayar semula pinjaman secara berjadual yang ditetapkan PTPTN.

Beliau berkata, peminjam yang bermasalah boleh datang berbincang dengan

pegawai bertugas di cawangan PTPTN berhampiran.

Bercakap di Putrajaya hari ini, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kira-kira 170,000 peminjam PTPTN diberi peluang berbincang

mengenai kaedah pembayaran balik sebelum nama mereka disenaraikan dalam CCRIS.

Menurutnya, jika dilaksanakan, tempoh tiga bulan akan diberi untuk peminjam

berbincang dan seterusnya membuat bayaran sebelum nama mereka disenaraikan dalam CCRIS. - Bernama
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)