Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Cadang naikkan umur minimum kahwin
#1
[Image: image.jpg]

SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan kerajaan meminda undang-undang domestik untuk meningkatkan umur perkahwinan kepada 18 tahun.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, ini selari dengan pematuhan Akta Kanak-Kanak 2001 yang mentakrifkan kanak-kanak adalah di bawah umur 18 tahun.

Menurutnya, perkahwinan kanak-kanak adalah pencabulan hak asasi manusia yang serius yang boleh memberi kesan ketara terhadap hak kanak-kanak termasuk kepada kesihatan, pendidikan, kesaksamaan, tiada diskriminasi dan untuk hidup bebas daripada keganasan dan eksploitasi.

Menurutnya, semua hak ini dilindungi di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita yang Malaysia adalah ahli.

"Kami berpendirian teguh bahawa jika ia melibatkan amalan tradisi, amalan tersebut tidak boleh mengatasi hak asasi kanak-kanak, kepentingan kanak-kanak hendaklah diutamakan.

"Di samping itu, di bawah CRC juga kerajaan telah komited untuk memastikan perlindungan keseluruhan dan kesejahteraan kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)