Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Buaya pertama pakai ekor tiruan
#1
[Image: pix_gal1]

Phoenix: Seekor buaya bernama Mr Stubbs akan melakar sejarah tersendiri apabila dipasang ekor tiruan bagi membantunya hidup normal tidak lama lagi.

Berusia sembilan tahun, reptilia itu adalah buaya pertama dilengkapi ekor buatan manusia. Mr Stubbs mengalami kecacatan bahagian belakang badannya selepas digigit ketika bergaduh dengan buaya lain.


Kecacatan itu juga menyebabkan Mr Stubbs tidak boleh berenang seperti sepatutnya.

Haiwan berkenaan diselamatkan pakar reptilia sebuah persatuan hidupan liar di Phoenix, Arizona.


Namun, dengan ekor tiruan itu, Mr Stubbs bakal mendapat hidup baru.


Sepasukan pakar mencipta ekor berteknologi tinggi menggunakan lateks dan silikon berharga beribu-ribu dolar Amerika. Mereka turut mengkaji pergerakan Mr Stubbs melalui kamera khas untuk menyesuaikan ekor tiruannya.

Selepas dipasangkan ekor tiruan itu, pakar terbabit perlu mengajar Mr Stubbs berenang semula. Seorang daripada pakar persatuan itu, Russ Johnson berkata, buaya berkenaan mungkin terlalu muda ketika bertembung dan bergaduh sebelum ini. “Buaya adalah haiwan pemangsa dan jika anda bersaiz kecil terpaksa berdepan dengan buaya lain yang kelaparan, anda adalah makanan mereka,” katanya. Mr Stubbs adalah satu daripada 32 buaya yang ditemui dalam sebuah lori yang ditahan di Arizona baru-baru ini. Selepas diserahkan kepada persatuan terbabit, Johnson berkata, mereka mendapati Mr Stubbs tidak mampu berenang.


“Apabila di dalam air, Mr Stubbs akan terlentang,” katanya. - Daily Mail

http://www.hmetro.com.my/articles/Buayap...an/Article
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Yup.. baru terbaca dalam surat khabar tadi... pandai replicate ekor buaya tu...
Reply
Thanks given by:
#3
mcmana la derang sarungkan tu yerk
Reply
Thanks given by:
#4
buaya pun boleh diubah suai..jangan guna untuk melibas orang sudah ler..nanti jadi senjata makan tuan..
Reply
Thanks given by:
#5
hahahaha aku rasa buaya tu mesti bengang..
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)