Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Broker Scorpene: Altantuya tak pernah terlibat dalam perjanjian
#1
[Image: 470x275x115986130dd09726c99783f642ce46ae...uIQ-79.jpg]

Arkitek perjanjian Scorpene, Jasbir Singh Chahl dilaporkan berkata bahawa wanita Mongolia, Altantuya Shaariibbuu tidak pernah menjadi jurubahasa untuk perjanjian pembelian kapal
selam tersebut atau pernah terlibat dalam kontrak berkenaan.

Dalam satu temu bual di New Straits Times hari ini, Jasbir berkata apa juga hubungan Altantuya dengan penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, seorang tokoh utama dalam perjanjian itu, adalah perkara peribadi.

Altantuya, yang dikatakan menjadi jurubahasa Perancis kepada Abdul Razak, ditemui mati ditembak dan diletupkan pada Oktober 2006 dengan bahan letupan C4 di Shah Alam.

Dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, yang ditugas sebagai pengawal peribadi Timbalan Perdana Menteri itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak, telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Wanita itu didakwa telah mengganggu Abdul Razak untuk mendapatkan bayaran AS$500,000 daripada hasil perjanjian Scorpene. Abdul Razak, seorang yang rapat dengan Najib, telah dibebaskan daripada terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, Jasbir berhujah bahawa rekod pihak berkuasa Perancis menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah masuk ke Perancis antara tahun 1999 dan 2006.

"Ini bukan saya yang kata, anda faham. Ini adalah apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa berkenaan di Perancis," Jasbir dipetik berkata.

Katanya lagi, beliau juga tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan hanya mendapat tahu tentang Altantuya selepas membaca tentang kematian wanita itu dalam akhbar.

Beliau juga menafikan bahawa RM452 juta yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd hasil daripada perjanjian itu, adalah rasuah.

Jasbir berkata pembayaran itu adalah untuk pelbagai perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat itu, yang antara lain termasuk pengurusan projek dan perkhidmatan integrasi dan penyelarasan kerja-kerja untuk memastikan ia memenuhi jangkaan kerajaan Malaysia.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd dan KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Abdul Razak.

Suaram telah memfailkan kes di Perancis terhadap syarikat Perancis, DCNS atas dakwaan rasuah dan siasatan masih berterusan di Paris.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)