Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Britain kerah Typhoon pintas pesawat Russia
#1
[Image: lu_10.1.jpg]

Gambar daripada Kementerian Pertahanan Britain menunjukkan jet pejuang Rusia, Sukhoi Su-27 (atas) dihampiri pesawat pejuang tentera Britain, Typhoon di ruang udara antarabangsa berhampiran negara-negara Baltik, Selasa lalu. - REUTERS

LONDON 19 Jun - Britain semalam mengerahkan empat jet pejuang Typhoon bagi memintas tujuh pesawat tentera Rusia yang didapati melakukan penerbangan berhampiran negara-negara Baltik ketika hubungan antara Barat dan Rusia terus tegang.

Seorang pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata, pesawat Rusia berkenaan dilengkapi senjata ketika berada di ruang udara NATO.

Tambah pegawai itu, tentera Rusia tidak mengemukakan sebarang rancangan penerbangan dan tidak menggunakan transponder pesawat, membolehkan mereka mengelak daripada dikesan pengawal trafik udara yang membahayakan pesawat lain.

Bulan lalu, NATO menambah bilangan pesawat pejuang di pangkalan Baltik sebagai langkah menguatkan pertahanan timur Eropah berikutan penggabungan wilayah Crimea dengan Rusia.

Kementerian Pertahanan Britain semalam dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya telah mengerahkan pesawat pejuang Typhoon kelmarin selepas empat kumpulan pesawat berasingan dikesan di ruang udara antarabangsa berdekatan kawasan negara-negara Baltik oleh pertahanan udara NATO.

Menurut kementerian itu, pesawat tentera Rusia yang dikenal pasti adalah pesawat pengebom Tupolev Tu-22, empat pesawat pejuang Sukhoi Su-27, sebuah Beriev A-50 dan pesawat pengangkut Antonov An-26 yang dilihat sedang menjalankan latihan rutin.

"Pesawat Rusia tersebut dipantau oleh jet pejuang Typhoon yang mengiringi mereka ketika dalam penerbangan," tambah kenyataan tersebut. - REUTERS
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
bule lepas ke typhoon tu Winking
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)