Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bot karam di Belaga, tujuh lagi masih hilang
#1
BELAGA: Tujuh mangsa bot karam di Sungai Rajang dekat Belaga masih gagal ditemui manakala lima yang lain dilaporkan selamat.

Lima mangsa tersebut dikatakan telah membuat laporan di Balai Polis Kapit. Mereka adalah Anuar Margaret, Mejerin Bantan, Ricky Sunus, Welson Lat, Wesly Belaja Nelson.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Liwan Lagang, gerakan menyelamat terpaksa ditunda ke esok disebabkan paras air yang tinggi.

“Walaupun terdapat tongkang besar yang mampu menarik bangkai bot berkenaan, kami tidak dapat meneruskan misi ini disebabkan paras air yang tinggi.

“Jika paras air masih tidak surut esok, pihak saya serta pihak keselamatan membuat keputusan untuk menebuk lubang pada bangkai bot itu untuk meneruskan usaha mencari mangsa yang mungkin tersepit di dalam bot,” kata Liwan.

Beliau menambah, kelengkapan untuk menebuk bangkai bot tersebut dijangka akan sampai pada esok dari Kapit.

“Kami juga telah menilai laporan polis yang dibuat di Kapit kerana ada antara nama yang terdapat di dalam senarai mangsa hilang sebenarnya selamat dan sudah bersama keluarga masing-masing,” tambah beliau.

Daripada 205 penumpang yang menaiki bot tersebut, 197 orang dilaporkan selamat.

Awal hari ini, mayat pertama dalam kejadian ini telah ditemui tidak jauh dari tempat kejadian. Mayat Tujok Lah, 44, telah ditemui pada tujuh pagi oleh penduduk Rumah Panjang Rh Tevok.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bot-...g-15299?cp
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)