Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Biru mata hitamku
#1
[Image: birus.jpg_1494773635.jpg]

GELAGAT budak lelaki bermata biru mencuri tumpuan wakil media yang membuat liputan ketika kunjungan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Masjid Haji Akbar Khan di Kampung Bingkul di Beaufort, hari ini.

Raut wajah Kamarul Hisham Mustafa Kamal, 9 dengan warna biru laut itu, kontra dengan rambut hitam lebat dan kulit sawo matang yang dimilikinya, menyebabkannya amat menonjol berbanding kanak-kanak lain di kampung berkenaan.

Menurutnya, keunikan itu bukan saja ada pada dirinya, malah ibu, Rosdah Abdullah, 47 serta kakak sulungnya, Nurul Syafiqa,17 turut memiliki keunikan yang sama.

"Jika di sekolah rakan selalu panggil saya 'mata guli' disebabkan mata saya yang berbeza warna daripada kawan yang lain, namun saya menganggap ia bukan penghalang saya untuk bergaul sesama mereka," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu, sering menjadi tumpuan orang ramai sehingga dia sering dipelawa untuk mengambil gambar kenangan bersama memandangkan keunikan warna matanya yang jarang ditemui membuatkan orang ramai teruja.

Kanak- kanak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar Beaufort itu tidak berasa terancam dengan keunikan yang dimilikinya sebaliknya dia bersyukur dengan keunikan yang dimilikinya.

Menurut Kamarul, ibunya turut memiliki warna mata yang berbeza kedua- dua belah yang mana sebelah berwarna biru manakala sebelah lagi berwarna hitam.

Berbeza dengan abangnya, Mohd Hafizudin,12 yang memiliki biji mata berwarna hitam pekat, namun bukan penghalang kepada mereka untuk sering bermain bersama.

Anak keturunan Melayu Brunei campuran Pakistan ini berkata, ayahnya Mustafa Kamal Matali, 48, berasal Negeri Sembilan dabekerja di sebuah restoran di Pekan Beaufort.

Katanya, dia menyedari keunikan itu sejak berusia empat tahun dan kadangkala sesetengah rakannya cuba untuk menakutkannya bahawa matanya akan buta kerana perbezaan yang begitu ketara dengan rakan yang lain.

"Saya akan berusaha bersungguh- sungguh untuk mengubah nasib keluarga dan bercita- cita untuk menjadi bomba," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid pada lawatan itu menyerahkan sumbangan peribadi kepada lebih 300 masjid di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebagai persiapan menyambut Ramadan tahun ini.

DUN berkenaan adalah Klias, Lumadan serta Kuala Penyu.

Selain itu, sumbangan itu bagi menampung perbelanjaan anak yatim yang menerima pendidikan di Madrasah Sahabah Maulana Ibnizam H Jamal di Kampung Bingkul di sini.

Ia disampaikan oleh Ahmad Zahid ketika majlis perjumpaan dengan Pengerusi- Pengerusi Masjid Parlimen Beaufort di Masjid Haji Akbar Khan di Kampung Bingkul di sini, hari ini.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)