Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bilik air kotor, tilam berkulat di kem PLKN
#1
[Image: 470x275xcf727f9f5ce8566561ead36ba31a57ff..._QBV18.jpg]

Kecewa dengan tahap kemudahan di satu kem Program Latihan Khidmat Negara di Balik Pulau, sekumpulan 200 orang pelatih mengemaskan barangan mereka dan bersedia untuk meninggalkan tempat tersebut.

Ibu bapa yang bimbang dengan keadaan anak mereka juga berhimpun di luar pagar kem tersebut semalam, lapor akhbar The New Straits Times.

Laporan itu menyebut, para pelatih tersebut memberitahu ibu bapa bahawa mereka terpaksa tidur di atas katil yang rosak, tilam berkulat, dan bantal dengan kesan kotoran sejak beberapa bulan lalu.

Para pelatih itu juga memberitahu bahawa kemudahan tempat mandi juga rosak, tersumbat dan berada dalam keadaan sangat kotor.

Menurut laporan itu, seorang pelatih memberitahu abangnya bahawa saudara perempuan mereka mengalami “trauma” selepas menjumpai ulat dalam makanan di kem White House Resort NS.

Gambar yang disiarkan akhbar tersebut menunjukkan para pelatih diberikan “makanan bermutu rendah” - melibatkan bahan yang kelihatan seperti secawan nasi, kuah, secebis daging, keropok dan sedikit sambal.

The Star melaporkan bahawa para pelatih diberikan hidangan 125 gram daging ayam namun ia dikurangkan kepada satu pertiga dari jumlah itu.

Satu jawapan yang dikemukakan kerajaan di Parlimen pada 2008 menyebut, sebanyak RM2.37 bilion untuk program PLKN sejak 2004, dengan purata sebanyak RM500 juta setahun.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
sapa la yg buat kulat tu.. keke
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)