Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bersalin di siber cafe, pastu terus sambung main komputer.
#1
Nanchang: Seorang wanita melahirkan anak di bilik air sebuah kafe Internet di sini dan kembali ke komputernya selepas itu untuk terus melayari alam maya.


Pekerja kafe yang terletak di wilayah Jiangsu itu meluru ke bilik air berkenaan selepas mendengar tangisan bayi.

Seorang pekerja memberitahu wartawan, mereka bimbang kemungkinan sesuatu terjadi kepada kanak-kanak di dalam bilik air berkenaan.

Tetapi, mereka terkejut melihat darah di pintu masuk bilik air itu sebelum menemui wanita itu mengendong bayi yang baru lahirkannya.

Pekerja berkenaan kemudian bergegas menelefon ambulans. Tetapi si ibu langsung tidak cemas dengan apa yang berlaku, sebaliknya kembali ke tempat duduknya dan menyambung bermain komputer.

Apabila pasukan perubatan sampai, dia enggan duduk di atas pengusung, sebaliknya berjalan sendiri ke ambulans.

Menurut laporan sumber wanita berusia 24 tahun berkenaan lari dari rumah keluarganya di Shandong dan tiba di Jiangsu untuk bertemu dengan teman lelakinya dan melahirkan anak.

Tetapi anaknya lahir lebih awal daripada yang dijangka. - Agensi
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)