Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Berebut minyak masak ‘percuma’ lepas kemalangan
#1
[Image: ne_07.1.jpg]

ALOR SETAR – Kira-kira 5,000 penduduk kampung dan kawasan perumahan berhampiran Jalan Langgar di sini tidak melepaskan peluang mendapatkan minyak masak ‘percuma’ daripada tangki sebuah lori yang bocor selepas terlibat dalam kemalangan semalam.

Orang ramai dilihat mula membanjiri kawasan tersebut dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 8 malam dan ada yang masih menadah minyak masak tersebut ketika hujan pada sebelah petang.

Lori tangki dari Butterworth, Pulau Pinang yang membawa sebanyak 18 tan minyak masak dianggarkan bernilai kira-kira RM45,000 itu tersadai di bahu jalan selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Kia Sportage dari arah belakang kira-kira pukul 11.55 pagi.

Ketika kejadian, lori tersebut dalam perjalanan menghantar bekalan minyak tersebut ke sebuah kilang untuk proses pembungkusan di Kampung Bukit, Naka di sini.

Pemandu lori, Azizan Hashim, 47, memberitahu, akibat kemalangan itu, bahagian bawah tangki bocor menyebabkan muatan minyak masak tumpah ke jalan raya dan longkang bersebelahan.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
memalukan den org kedah..pakat2 pg amik bnda bukan hak kita..
Reply
Thanks given by:
#3
rugi kalau biarkan je camtu. Dorang pun paham. dari buang Winking
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#4
(04-10-2012, 05:25 PM)DreamCatcher Wrote: rugi kalau biarkan je camtu. Dorang pun paham. dari buang Winking


Kalau tuan minyak tu cakap ok, x pe, klau dia cakap spe amik, x halal, haha alamat naya la spe yg dah guna tok masak tu,,
Reply
Thanks given by:
#5
5k penduduk.. Paham2 le.. Mesti dorang kasi green light tu :d
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#6
niat sedekah jela drpd dibazirkan
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)