Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bekas teman lelaki masih simpan gambar peribadi
#1
[Image: 008EAB383FF6096399D477A5B94C30AC_data_1484031589.jpg]

Polis tahan lelaki kerana mengugut mahu menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya.

Jempol: Seorang lelaki ditahan polis di sebuah rumah di Bandar Seri Jempol, di sini, kerana mengugut mahu menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya jika tidak memberinya wang.

Ketua Polis Daerah Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan jam 8.15 malam tadi, selepas polis menerima laporan daripada remaja perempuan berusia 18 tahun.

Menurutnya, remaja terbabit mendakwa menerima SMS daripada lelaki itu ketika berada di Pekan Bahau di sini, jam 4 petang, semalam.

"Lelaki itu mengugut mahu menyebarkan gambarnya dan mengganggu keluarganya jika dia tidak memberi wang. 

"Mangsa sudah beberapa kali diugut dan memberi lelaki itu wang seperti diminta, sejak mereka berpisah tiga bulan lalu.

"Mangsa berasa takut lalu membuat laporan di Balai Polis Bahau. Polis kemudian menahan suspek untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini hingga Jumaat.

http://www.hmetro.com.my/node/195888
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)