Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bekas subkontraktor jadi dalang, Sindiket curi kabel telefon tumpas
#1
Question 
[Image: curikabel.transformed.jpg]

ALOR SETAR: Polis menahan empat lelaki termasuk dua bekas pekerja subkontraktor Telekom Malaysia ™ dan dua pengusaha barang lusuh selepas dipercayai terbabit dengan 33 kes kecurian kabel telefon membabitkan kerugian RM300,000 di sekitar Alor Setar sejak Ogos lalu

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata semua suspek berusia antara 30 hingga 55 tahun ditahan dalam dua lokasi berasingan di bandar ini pada 17 Oktober lalu

Beliau berkata, pihaknya melancarkan 'Ops Kotak TM' sebelum dua bekas pekerja subkontraktor TM ditahan di sebuah rumah di Taman Nuri, Alor Setar, selepas menerima 13 laporan kecurian kabel telefon

"Siasatan lanjut membawa kepada penahanan dua rakan subahat suspek yang juga pengusaha barang lusuh yang membeli barangan curi dibawa kedua-dua suspek

"Modus operandi mereka adalah suspek memakai kemeja-T berkolar yang mempunyai lambang TM dan perkataan 'kontraktor' bagi mengaburi mata orang awam sebelum melakukan kerja jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini, pagi tadi

Mohd Rozi berkata, suspek akan menjual tembaga kabel telefon yang dicuri dengan harga antara RM50 hingga RM70 untuk dua atau tiga kilogram

"Semua suspek direman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 431(a) Kanun Keseksaan kerana khianat yang boleh dijatuhi hukuman dua tahun penjara dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/205431
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)