Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bekas Gabenor BNM meninggal
#1
Kuala Lumpur: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman meninggal dunia di kediamannya di Kemensah Heights, di sini, akibat komplikasi jantung dan jangkitan paru-paru, semalam.

Allahyarham, 71, meninggal dunia pada jam 4.45 petang. Jenazah Dr Ali Abul Hassan dikebumi di Tanah Perkuburan Kemensah Heights selepas solat Zuhur hari ini. Ketika dihubungi, menantu Allahyarham, Mohamed Faruk Rahmatullah berkata, Dr Ali Abul Hassan meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Ali Abul Hassan dan tiga anak, seorang lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham adalah gabenor keenam Bank Negara dari 1998 hingga 2000.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu memiliki ijazah Universiti Malaya (UM) dalam bidang ekonomi dan sarjana pembangunan ekonomi dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 1965 di Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjadi setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa di Kementerian Kewangan pada 1985. — BERNAMA

[Image: 190px-Ali_Abul_Hassan_Sulaiman.jpg]
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
al fatihah
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
Al-Fatihah....
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)