Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bayern Munich lantik Guardiola pengurus
#1
[Image: image.jpg]

KELAB Jerman, Bayern Munich mengumumkan bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola akan mengambil alih pasukan itu pada akhir musim ini.

Guardiola, 41, telah dikaitkan dengan Chelsea dan Manchester City untuk menandatagani satu kontrak selama tiga tahun pada tahun 2016.

Pelantikannya itu akan menggantikan pengurus semasa, Jupp Heynckes yang akan bersara.

"Kami amat gembira kerana berjaya meyakinkan pakar bola sepak, Pep Guardiola, yang diinginkan oleh kelab-kelab atas untuk datang ke Bayern Munich.

"Beliau merupakan salah satu daripada jurulatih paling berjaya di dunia dan kami pasti beliau boleh memberi sinar bukan sahaja kepada Bayern, malah kepada bola sepak Jerman," kata Ketua Pegawai Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.

Bayern kini berada di tangga teratas Bundesliga dan akan bertemu Arsenal bulan depan dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.


Fakta mengenai Guardiola:

Lahir: 18 Januari 1971 di Santpedor, Sepanyol

Kerjaya sebagai pemain bola sepak: Barcelona B (1990-1992), Barcelona (1990-2001), Brescia (2001-2002), Roma (2002-2003), Brescia (2003), Al-Ahli (2003-2005), Dorados (2005-2006), Sepanyol (1992-2001)

Perlawanan antarabangsa: 47 kali

Kerjaya pengurus: Barcelona B (2007-08), Barcelona (2008-2012)
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)