Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Barang terpakai serendah RM1
#1
[Image: image.jpg]

PONTIAN - Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan terpakai dengan harga serendah RM1 jika berkunjung ke kawasan Simpang Empat Benut, dekat sini.

Antara barangan yang ditawarkan seperti pakaian, barangan elektrik, perkakasan rumah sehinggalah barangan kulit dan berjenama dijual sepanjang deretan kedai yang beroperasi bermula dari jam 9 malam sehingga lewat pagi.

Peniaga, Samsudin C Ani, 54, berkata, tiada harga tetap yang diletakkan oleh peniaga dan pembeli perlu membuat tawar menawar.

“Saya sudah berniaga di sini sejak tujuh tahun lalu, orang ramai yang datang ke sini untuk membeli dan melihat barang yang dijual semakin bertambah terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

“Sehingga kini terdapat limapeniaga yang menjalankan perniagaan barangan terpakai yang diambil dari Singapura,” katanya.

Menurutnya, permintaan barangan berjenama atau kulit menjadi pilihan utama pembeli yang sentiasa menantikan barangan tersebut pada harga yang cukup murah.

“Selain itu, barangan antik turut dijual di sini, di mana peminat barangan antik sanggup datang dari jauh bagi mendapatkan barangan yang mereka cari,” katanya.

Manakala, bagi peniaga Abd Latif Rostam, 64, dia gembira perniagaan barangan terpakainya mendapat sambutan menggalakkan.

Katanya, pusat perniagaan tersebut mudah untuk ditemui memandangkan ia terletak di persimpangan empat yang menjadi laluan dari Simpang Renggam dan Batu Pahat ke Pontian seterusnya ke Johor Bahru.

“Pembangunan di kawasan simpang empat initerus berjalan rancak dengan pembukaan pusat perdagangan baru di Benut,” katanya.

Bagi pengunjung, Jumat Jaafar, 56, dia akan berkunjung ke kedai barangan terpakai di sini untuk mencari barangan terpakai yang masih elok untuk digunakan.

“Siapa kata barangan terpakai tidak elok, saya pernah membeli kipas angin di sini. Sudah tiga tahun saya guna dan masih elok sehingga sekarang,” katanya.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)