Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bangunan Di KL Bergelap Sejam Tanda Sokong Kempen Earth Hour 2012
#1
KUALA LUMPUR, 1 April -- Bangunan di ibu kota bergelap selama sejam malam ini sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Earth Hour 2012 dalam misi menyelamatkan dunia daripada pemanasan global dan perubahan iklim yang berlaku sekarang.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa mercu tanda di ibu negara seperti Menara Berkembar Petronas, pusat beli belah Suria KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula bergelap pada 8.30 malam.

Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hasil cetusan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan pada tahun berikutnya, ia mendapat sambutan luar jangkaan apabila disertai lebih 50 juta masyarakat di 35 negara di seluruh dunia.

Di Bangsar, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersama isteri Datin Nafesah Abdullah turut meraikan kempen kesedaran alam sekitar itu di pusat beli belah Bangsar Village.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis Earth Hour anjuran Green Lifestyle Association itu, beliau meminta warga kota menjadikan kempen tersebut sebagai amalan harian, iaitu mengurangkan penggunaan elektrik dan kenderaan bagi memulihara alam sekitar.

Raja Nong Chik berkata kempen itu sebenarnya membawa mesej semua orang perlu memainkan peranan bagi mengurangkan pencemaran udara yang kini semakin membimbangkan.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
sapa malam tadi gelapkan rumah. Jawab2 Winking
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
(04-01-2012, 03:50 PM)gamemaster Wrote: sapa malam tadi gelapkan rumah. Jawab2 Winking


pkl 1 den gelapkan sb nk tido..bukak balik pkl 6...ahahahha
Reply
Thanks given by:
#4
xtau pulak aku ada kempen ni :blush: tp xpe sbb tiap mlm aku berkempen
Reply
Thanks given by:
#5
earth hour mmg setiap tahun ada Winking
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#6
aik. taun 2012 mcm gah je advertisement dia, pastu da macam kurang je berita2 cenggini
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)