Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
BR1M buat rakyat malas?
#1
KUCHING - Tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan persepsi negatif bahawa pemberian bantuan tunai BRIM akan melahirkan rakyat Malaysia pemalas perlu diberi tentangan oleh para pegawai agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia negeri ini.

Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini berkata, penjelasan perlu diberikan mengenai BRIM yang merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah di negara ini menghadapi kenaikan sara hidup.

"Ia juga membantu mereka dalam tempoh peralihan semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)," katanya.

Abang Johari berkata demikian pada Forum Pasca-GST: Mengurus Reaksi Rakyat 2015 yang dianjurkan Jabatan Penerangan negeri untuk para pegawai seluruh negeri dan pegawai pelbagai agensi kerajaan di Auditorium Finas di sini.

Beliau berkata, BRIM yang diberikan tiga kali dalam setahun menunjukkan keprihatinan dan sikap penyayang kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengenai GST, Johari turut bersetuju terdapat keperluan untuk penguatkuasaan yang lebih menyeluruh di seluruh negeri bagi memerangi para peniaga yang ingkar.

Antara pengkritik tegar kepada sistem percukaian baharu ini juga ialah peniaga yang mengelak cukai sementara segolongan peniaga lagi mengambil kesempatan mengambil untung secara tidak sah daripada pembeli, katanya.

Abang Johari juga berkata melalui GST kerajaan sejak April lalu telah berjaya mengutip hasil berjumlah RM6 bilion yang akan diberikan semula kepada rakyat dalam bentuk projek pembangunan dan infrastruktur.

Bagi Sarawak, beliau menambah, kerajaan negeri perlu memperkenalkan lebih banyak inisiatif bagi meringankan kesan kenaikan kos hidup dan semasa tempoh peralihan pelaksanaan GST.

Bercakap kepada media selepas itu Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan negeri meminta Jabatan Kastam Diraja Malaysia membuka kaunter di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuching dan Miri serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tebedu (Kuching) dan Sungai Tujoh (Miri) bagi membolehkan pelancong asing menuntut rebat GST. - Bernama
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)