Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
[Automotive] Naza pengedar rasmi Koenigsegg
#1
[Image: image.jpg]

NAZA Sweden Motors Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Naza menjadi pengedar rasmi kereta Koenigsegg di Malaysia dan Indonesia.

Menurut Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, Naza Sweden Motors merupakan satu-satunya francais Koenigsegg daripada 15 yang terdapat di seluruh dunia yang diperuntukkan hak mengedarkan modeltersebut bagi dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

“Satu aspek penting dalam perniagaan Naza adalah meningkatkan gaya hidup pelanggan dan melaksanakan impian mereka menjadi realiti,” katanya di Majlis Pelancaran Ibu Pejabat Naza Sweden Motors di Naza World Automall, Petaling Jaya.

Pelancaran Naza Sweden Motors juga menandakan pengenalan kereta model Koenigsegg Agera S ke Malaysia dan juga Indonesia.

Menurutnya lagi, dengan mewakili Koenigsegg, Kumpulan Naza berupaya mengembangkan lagi jenama kereta itu di samping memantapkan kedudukannya dalam industri automotif tempatan dan juga di rantau ASEAN.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut Pengasas Koenigsegg, Christian von Koenigsegg dan Duta Besar Sweden ke Malaysia Bengt Carlsson G.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)