Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Artis muflis, Seniman sedia hulur bantuan
#1
[Image: image.jpg]

TIGA artis telah dikhabarkan muflis. Namun sehingga kini hanya Aweera tampil mengakui perkara itu manakala Farah AF masih berdiam diri sementara penyanyi rock, Amy Search pula menafikannya.

Mengakui isu muflis suatu perkara berat, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, dia akan cuba membantu tiga artis terbabit dengan bekerjasama dengan badan tertentu bagi mengatasi masalah ini.

"Ia bukan satu jaminan, sebaliknya pihak Seniman akan cuba bekerjasama dengan mana-mana badan tertentu dan bertemu dengan tiga artis bermasalah ini.

"Kemudian kita akan lihat bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi ingin saya tegaskan, ini bukan jaminan dari Seniman, saya tidak mahu akhirnya kelak, pihak Seniman pula dipersalahkan," ujarnya kepada Zass.

Menurut Zed, demi perancangan jangka panjang, dia kini sudah merancang untuk membuat satu seminar bersama ahli-ahli Seniman mengenai cara menjaga kewangan yang betul.

Katanya, dia akan memanggil pakar dengan situasi sebegini yang akan mengajar mereka mengenai tindakan sewajarnya yang perlu mereka lakukan jika berhutang.

"Apa yang kita sedia maklum, golongan karyawan atau artis tidak mempunyai gaji tetap apatah lagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk jaminan masa depan.

"Gaji mereka hanya bergantung kepada apa projek yang mereka perolehi. Jadi amatlah penting bagi mereka mengetahui cara menguruskan kewangan yang betul.

"Mereka juga perlu sentiasa diingatkan bahaya muflis dan kita perlu tahu biasanya ada tiga jenis muflis iaitu melalui pinjaman, akibat saman dan juga menjadi penjamin. Jadi semua ini kita akan beritahu dalam seminar kelak," jelasnya.

Kad diskaun buat Seniman

Dalam pada itu, Zed turut menyampaikan berita gembira buat 5,000 ahli Seniman yang berdaftar untuk mendapatkan kad Skuan 1Pengguna atau ringkasannya kad diskaun.

Jelas Zed, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah bersetuju dengan usul Zed untuk memberikan kad diskaun kepada selebriti bagi kegunaan mereka.

"5,000 ahli Seniman sudah boleh mengambil kad ini di pejabat Seniman pada bila-bila masa dan satu taklimat akan diberikan mengenai penggunaan kad itu.

"Kad ini telah diperoleh dan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk kemudahan karyawan," katanya.


APA KATA ARTIS?

Quote:Ahmad Idham
“Bagi mengelakkan perkara sebegini individu tersebut perlulah mempunyai ilmu tentang pengawasan kewangan yang lebih arif mengenai pengurusan kewangan. Punca utama muflis biasanya dikaitkan dengan perniagaan dan setiap perniagaan pastinya mempunyai risiko tersendiri. Selain dari membuat pinjaman, cuba dapatkan rakan niaga untuk bersama-sama memulakan perniagaan. Ia dapat mengelakkan kita dari meminjam wang terlalu tinggi, '

Kamal Adli
“Walaupun kita meminjam dengan jumlah sedikit sekalipun kita perlu mempunyai penasihat kewangan agar dapat mengelakkan nama dari disenarai hitam. Saya sendiri, tak berani membuat pinjaman wang yang banyak. Lagipun saya tidak mahu ambil risiko. Kalau untuk memulakan perniagaan saya akan mencari rakan kongsi bagi mengelakkan pinjaman yang terlalu tinggi,”

Darling Ngasri
“Perkara sebegini perlu dipandang serius. Sebagai persiapan, kita seharusnya banyak membaca buku cara pengurusan wang yang betul. Setiap individu boleh berbelanja tapi harus mengawal wang tersebut. Harus berhati-hati, komitmen dan ikut pada kemampuan. Dari segi kos produksi, saya akan membuat kiraan wang masuk dan keluar bagi memudahkan ia dilakukan dengan baik,”


Faizal Ismail
“Apa jua pinjaman kita perlu selidik dahulu kemampuan, sama ada ianya mampu atau tidak. Hal ini sangat penting kerana ia dapat mengelakkan kita dari buat pinjaman terlalu tinggi. Kita juga perlu tahu jumlah pendapatan kita setiap bulan. Bagi golongan selebriti yang tidak mempunyai pendapatan tetap, harus lebih berhati-hati,”


Lan Kristal
“Saya cuba elak dari berhutang. Untuk menubuhkan studio misalnya, saya guna wang simpanan dan berkongsi dengan rakan niaga. Tetapi sekiranya, kita sudah tahu nama akan di senarai hitamkan, kita harus segera merujuk kepada badan yang boleh membantu. Jangan lari!”
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)