Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
[Architecture] kos bina Borneo Island City RM10.58b
#1
[Image: image.jpg]

KUCHING 16 April - Sarawak bakal mendapat mercu tanda baharu dengan pembinaan pembangunan bandar Borneo Island City dengan kos pembangunan kasar RM10.58 bilion. 


Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, pembangunan tersebut akan dibuat dalam tempoh 15 tahun di kawasan seluas 566.5 hektar di daerah Muara Tebas di sini.

Katanya, projek itu merupakan hasil kerjasama erat badan tempatan dan asing bersama-sama dalam membangunkan sebuah bandar hijau yang ikonik dan mapan.

"Saya percaya pembangunan ini tidak akan menganggu-gugat alam sekitar di sekeliling yang mana ia dibangunkan bersama dengan alam semula jadi.

"Borneo Island City akan menjadi mercu tanda Sarawak yang akan mengagumkan dunia," katanya.

Teks ucapan beliau telah dibacakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara ASSAR Industri Sdn. Bhd. dan Le Parker International (M) Sdn. Bhd. serta Pelancaran Borneo Island City di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Permodalan Assar Sdn. Bhd., Tan Sri Bujang Mohd. Nor; Pengurus Besarnya, Ghazali Ismail dan Pengarah Lee Parker International (M) Sdn. Bhd., Charles Lin.

Pembangunan bandar itu menyediakan campuran menara pejabat yang ikonik, kediaman kondominium dan harta tanah, pusat beli-belah, pusat hiburan, hab pendidikan, hotel resort mewah, hospital dan taman tema yang dijangka bermula dalam tahun ini bagi fasa pertama.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, kerjasama pintar itu juga membuktikan kejayaan kerajaan negeri dalam menarik pelabur asing ke negeri ini.

"Para pelabur mempertimbangkan dari segi kestabilan politik, sosial dan ekonomi sesuatu tempat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

"Kita bangga mempunyai ciri-ciri ini yang mana membuatkan Le Parker dan pelabur asing lain ke sini ditambah Sarawak yang mesra polisi perniagaan dan persekitaran," jelasnya.

Sementara itu, Bujang memberitahu, reka bentuk bandar itu menonjolkan konsep hijau dengan bentuk daun dan kepala burung kenyalang akan dapat dilihat daripada pemandangan di udara.

Katanya, Borneo Island City juga mempunyai kawasan khas yang menyediakan peluang kepada orang asing untuk memiliki hartanah di sini.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)