Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Apple mohon maaf gangguan perkhidmatan App Store, iTunes
#1
[Image: APPLE-IPHONE-M-600x360-600x360.jpg]

WASHINGTON, 12 Mac: Apple Inc. memohon maaf kepada penggunanya selepas berlaku gangguan pada beberapa perkhidmatan utama dalam taliannya, yang memberi kesan kepada pengguna peranti Apple di seluruh dunia.

Laman web syarikat tersebut itu telah memaklumkan App Store, iTunes, iBooks Store dan Mac App Store tidak dapat dilayari hampir 12 jam.

Gangguan yang serupa juga dapat dikesan berlaku untuk perkhidmatan Apple dalam talian di Britain dan Perancis.

Menurut laman berita teknologi antarabangsa The Next Web, gangguan tersebut dilapor telah menjejaskan lebih daripada 40 buah negara.

“Kami memohon maaf kepada pelanggankami mengalami masalah dengan iTunes dan perkhidmatan lain pagi ini,” kata Apple dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada AFP,

Syarikat tersebut berkata punca kepada masalah gangguan ini ialah berlaku ralat pada sistem dalaman, merujuk kepada sistem yang menempatkan alamat Internet.

“Kami sedang berusaha untuk memulihkan semua perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan secepat mungkin, dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua untuk kesabaran.”

ICloud dan perkhidmatan mel Apple juga gagal berfungsi, tetapi berjaya dipulihkan selepas kira-kira empat jam, mengikut status laman.

Perkhidmatan lain seperti FaceTime, mesej dan Apple TV tidak terjejas.

Gangguan tersebut menyebabkan penguna iPhone dan iPad tidak dapat memuat turun muzik atau memasang kemas kini aplikasi pada peranti mereka.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)