Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Amerika masih guna disket untuk kawal senjata nuklear
#1
[Image: image.jpg]

Tentera Amerika Syarikat masih guna pakai komputer IBM tahun 1970-an dan disket bersaiz lapan inci untuk kawal operasi senjata nuklear.
Teknologi lapuk dianggarkan berusia hampir 50 tahun.

Sejumlah RM244 bilion dibelanjakan untuk kekalkan teknologi itu.

Antara misi dikawal teknologi tersebut ialah menyelaras operasi senjata nuklear AS termasuk peluru berpandu antara benua dan pesawat pengebom nuklear.

NEW YORK 27 Mei – Negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) dilapor masih menggunakan teknologi komputer era 70-an termasuk disket untuk mengawal senjata nuklear miliknya walaupun memiliki kelengkepan ketenteraan paling maju di dunia.

Portal The Guardian yang memetik laporan siasatan Pejabat Liabiliti Kerajaan AS (GOA) berkata, hasil siasatan terperinci mendapati kerajaan telah menghabiskan kira-kira AS$60 bilion (RM244 bilion) untuk mengekalkan teknologi lapuk itu dalam sistem persenjataan moden.

Jelas laporan berkenaan, Sistem Automatik Kawalan dan Perintah Strategik (DDSACCS) milik Jabatan Pertahanan AS yang digunakan untuk menghantar dan menerima mesej tindakan kecemasan kepada pasukan nuklear negara ini, menggunakan komputer IBM buatan tahun 1970-an.

“Malah jabatan berkenaan menggunakan disket nipis berukuran 20 sentimeter berbanding disket yang lebih moden dan kecil.

“Kerja-kerja penyelenggaraan juga menelan kos yang tinggi kerana alat ganti untuk sistem komputer itu sukar didapati pada zaman moden ini,” tambah GOA dalam laporannya.

Dalam pada itu, Pentagon dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menggesa Jabatan Pertahanan untuk menggantikan sistem lapuk tersebut dan proses pertukaran teknologi berkenaan dijangka memakan masa yang lama.

“Pentagon berharap penggunaan sistem komputer era 1970-an dan disket akan berakhir pada hujung tahun depan,” ujar kenyataan itu.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
teknologi disket susah skit nak hack guna sistem digitial skang ni Winking
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)