Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
All about Harimau Malaya - News and update. Semua disini
#1
[Image: 392379_386068528109933_150819551634833_1...2161_n.jpg]

[Image: 295018_385990014784451_150819551634833_1...2564_n.jpg]

Smart gak Winking
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
tgk belanda pakai tadi pun cam kaler biru tu.. Kira confirm la tu eh
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
KETUA jurulatih negara Datuk K. Rajagobal hari ini mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan di Vienna, Austria dari 4-16 Ogos ini sebagai persiapan untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki, November ini.

Beliau berkata, skuad 28 pemain tersebut akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab profesional di negara berkenaan sepanjang tempoh
tersebut.

"Menerusi tiga perlawanan itu, saya harap dapat membuat penilaian mengenai kesebelasan utama untuk Piala AFF Suzuki nanti," katanya kepada pemberita
selepas sidang media perlawanan persahabatan dengan Arsenal FC hari ini.

Rajagobal turut berharap empat pemain utama skuad Harimau Malaya iaitu Mohd Safee Sali, Ahmad Shakir Mohd Ali, Yong Kuong Yong serta penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat yang kini berdepan dengan masalah kecederaan mampu pulih sebelum bermulanya saingan Piala AFF nanti.

"Kalau boleh, saya mahu menyenaraikan pemain terbaik negara untuk Piala AFF namun kita harus realistik bahawa mereka mungkin akan tercedera sekiranya saya menggunakan khidmat mereka secara berterusan," katanya.

Skuad Harimau Malaya berdepan laluan getir pada Piala AFF Suzuki kali ini apabila diundi bersama naib juara edisi 2010, Indonesia dan juara tiga kali
Singapura dalam Kumpulan B.

Turut akan disenaraikan dalam kumpulan berkenaan ialah naib juara pusingan kelayakan yang akan diketahui pada 13 Oktober depan.

Pusingan kelayakan kejohanan itu akan berlangsung dari 5 hingga 13 Oktober di Myanmar dengan format kalah mati melibatkan pasukan Brunei, Kemboja, Laos, Timor Leste dan tuan rumah.

Perlawanan Kumpulan A yang melibatkan Thailand, Vietnam, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan akan berlangsung di Stadium Rajamangala di Bangkok manakala saingan dalam Kumpulan B akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, dari 24 November hingga 22 Disember.

Harimau Malaya akan membuka kempen dengan menentang Singapura pada 25 November diikuti naib juara pusingan kelayakan pada 27 November sebelum menutup aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 November. - Bernama
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
[Image: image.jpg]

KETUA jurulatih Datuk K. Rajagobal kecewa dengan persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama 'Apek' pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.

"Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain... sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (tadi).

"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Tiga gol skuad Singapura dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta pemain naturalisasi dari Bosnia, Aleksandar Duric pada minit ke-75.

Mengulas lanjut, Rajagobal berkata, keputusan tersebut memberikan kesukaran kepada mereka untuk mencari mata bagi melepasi peringkat kumpulan.

"Kita harus menempuhi jalan sukar selepas ini dan suka atau tidak, kita perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan," katanya.

Dalam pada itu, jurulatih Singapura Radojko Avramovic berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap skuadnya dapat terus mengekalkan momentum dalam menentang Indonesia Rabu ini dan Laos pada 1 Disember ini.

"Ini adalah permulaan baik dan saya tabik anak buah saya atas usaha cemerlang mereka. Kadang-kadang kami bernasib baik untuk menghasilkan jaringan dan adakala sebaliknya," katanya.

Mengulas pertemuan antara Laos dan Indonesia sebelum ini, Avramovic berkata beliau terkejut dengan prestasi Laos yang berjaya mengikat lawannya 2-2.

"Secara umum, Laos mengejutkan saya. Saya percaya mereka datang untuk memenangi semua perlawanan dan tenaga yang ditunjukkan oleh Laos pada perlawanan pembukaan adalah hebat," katanya.

Malaysia, selaku juara bertahan akan menentang Laos Rabu ini sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia pada 1 Disember ini. - Bernama
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#5
keeper jugak yg salah,bg aku x de ape yg boleh dipuji pasal game semalam
Reply
Thanks given by:
#6
[Image: image.jpg]

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengelak daripada mendedahkan hukuman terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan bola sepak negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, setelah diteliti, anggota jawatankuasa yang bersidang semalam tidak dapat
mengumumkan tindakan yang bakal diambil terhadap baginda kerana bimbang ia bakal disalahtafsirkan.

"Kita perlu menunggu jawapan daripada pihak berkaitan dalam beberapa perkara terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan kira-kira empat jam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini.

Taufek berkata, pihaknya perlu mengumpul bukti yang lebih jelas seperti rakaman video kerana setakat ini, siasatan dibuat berdasarkan laporan media
cetak tempatan.

Beliau memberi jaminan bahawa FAM akan mengumumkan perkara tersebut tidak lama lagi.

"Ia tidak lama lagi... selepas selesai kita akan umum bagi mendapat keputusan yang terbaik," katanya.

Taufek berkata beliau juga tidak dapat mengulas lanjut sama ada TMJ disiasat kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM atau pun peratuan lain yang terkandung
dalam Perlembagaan FAM. - Bernama
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#7
[Image: 151212RajagobalT.jpg&portalID=0&width=266]

Datuk K. Rajagobal terus mempertahankan prestasi skuad negara biarpun ranking terbaru FIFA menyaksikan skuad negara merudum lima 5 anak tangga ke kedudukan ke-164 dunia ketika ini.

Kritikan semakin hebat buat skuad negara selepas penurunan 5 lagi anak tangga dari ranking dunia FIFA namun ia tidak beri impak apabila Rajagobal terus melaungkan pendiriannya bahawa ranking tidak beri sebarang makna buat skuad negara.

Rajagobal tidak merasa tergugat dengan perkembangan terbaru itu apabila menegaskan dia bersama pasukan masih berada di landasan terbaik mengejar objektif skuad negara tahun ini.

Malah beliau yakin keadaan itu tidak sesekali mengganggu tumpuan skuad negara yang bakal berhadapan Yaman dalam aksi Kelayakan Piala Asia 22 Mac depan.

Dalam pada itu Rajagobal tidak mahu meletak tekanan ke bahu pemain harapan negara Wan Zack Haikal Wan Noor menjelang aksi persahabatan menentang Arab Saudi pada Ahad memandangkan kecederaan buku lali masih membelenggu pemain itu biarpun sudah memulakan latihan bersama pasukan pada Jumaat.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#8
Harimau Malaya menepati ramalan apabila memperolehi kemenangan sulung dalam Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 dengan mengatasi Yaman 2-1 di Stadium Shah Alam.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal melalui detik mendebarkan apabila terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum memperolehi gol semangat daripada Azamuddin Akil sebelum Khyril Muhymeen Zambri mengesahkan kemenangan buat negara.

Yaman menyentak semangat pemain negara apabila Aiman Saleh Abd. Al-Hagri bijak membaca posisi Khairul Fahmi Che Mat untuk menewaskan penjaga gol negara itu. Kelincahan penyerang itu acap kali berjaya mengkucar-kacirkan barisan benteng Malaysia untuk bekerja keras mengekang asakannya.

Namun skuad negara bagaikan harimau yang terluka dan pantas memperkemaskan permainan sehingga berjaya menyamakan kedudukan menerusi Azamuddin Akil yang berada di posisi tepat untuk menyudahkan gerakan yang menarik Mahali Jasuli pada minit ke-27.

Sekali lagi Mahali Jasuli menjadi duri buat Yaman dengan membaca permainan dengan baik dan hampir mencetak nama sebagai penjaring tetapi cubaannya dinafikan pertahanan lawan.

Malaysia semakin garang dan percubaan Norshahrul Idlan Talaha hanya sedikit tersasar daripada pada pintu gol Yemen yang berada di ranking ke-170 dunia.

Harimau Malaya mengekalkan tempo yang sama pada separuh masa kedua namun kelekaan benteng negara nyaris mengundang padah apabila menyekat pergerakan Al Radaei Mudir Abdurabu Ali dalam kotak penalti selain Khairul Fahmi yang menepis cubaan Aiman Saleh.

Pada minit ke-80, Khyril Muhymeen akhirnya menamatkan keresahan kem Malaysia dengan tandukan cantik walaupun sebelum itu Norshahrul mempersiakan dua peluang terbaik negara.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#9
[Image: xpix_gal0.pagespeed.ic.aRkI-VsOUi.jpg]

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan berdasarkan keadaan semasa dalam Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mutu bola sepak negara tidak akan berubah.

Beliau berkata demikian kerana FAM dilihat gagal memberi layanan adil kepada gabungan, tidak membenarkan persatuan dan individu menyuarakan pendapat, selain membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya.
FAM juga lebih gemar mengundang pasukan luar seperti Chelsea untuk beraksi di negara ini tetapi mengabaikan pembangunan bakat baru daripada kalangan belia dan hal-hal kritikal berkaitan bola sepak negara.


“Mungkin 20 tahun daripada sekarang pun, kita akan menghadapi kemelut yang sama jika keadaan semasa ini tidak diperbaiki,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebagai contoh, katanya ketika beliau dikenakan tindakan penggantungan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), beliau dimaklumkan tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang.

Beliau berkata, segala hukuman dikatakan akan dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM.

Bagaimanapun, katanya dalam kes Pahang menentang Johor Darul Takzim (DT) ketika aksi separuh akhir Piala FA, hukuman dijatuhkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.
“Kita juga tidak diberikan ruang membuat sebarang rayuan atas denda itu. Pada saya, ia bukanlah soal kewangan, tetapi soal keadilan dalam layanan terhadap persatuan bola sepak.

“Ini jelas menunjukkan bahawa FAM boleh membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya,” kata Tunku Ismail.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#10
Saya puas hati kata dato k rajagobal
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)