Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
All England 2013: Chong Wei Gagal Cipta Hatrik
#1
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahan gelaran juara perseorangan lelaki Kejohanan All England selepas kalah 17-21 dan 18-21 kepada Chen Long dari China di Birmingham Indoor Arena, England Ahad malam.

Pemain pilihan kedua itu terpaksa bekerja keras selama 62 minit untuk menundukkan Chong Wei, yang merupakan pemain pilihan utama kejohanan itu.

Kekalahan ini bermakna Chong Wei gagal mencipta kemenangan hatrik selepas memegang gelaran juara pada edisi 2011 dan 2010.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain pada tahun lepas, Chong Wei pernah mengalahkan Chen Long pada aksi separuh akhir temasya Sukan Olimpik London 2012 dan final Kejohanan Terbuka Malaysia Maybank pada tahun yang sama.

Chen Long pula sebelum ini pernah menundukkan Chong Wei pada final Kejohanan Terbuka Hong Kong 2012.

Sementara itu, pemain handalan Denmark Tine Baun muncul juara perseorangan wanita selepas mengalahkan Intanon Ratchanok dari Thailand 21-14, 16-21 dan 21-10.

Tine terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan Intanon apabila permainan berlarutan sehingga 'rubber set' dan mengambil masa 53 minit bagi menundukkan pemain Thailand itu.

Beregu lelaki China Liu Xialong-Qiu Zihan pula mengalahkan beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-11 dan 21-9 dalam masa 39 minit.

China turut meraih gelaran juara menerusi beregu wanita apabila Wang Xiaoli-Yu Fang dengan mudah menundukkan rakan senegara Cheng Shu-Yunlei 21-8 dan 21-10 dalam pertarungan 27 minit.

-- BERNAMA
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
2nd half tu skit je lagi nak kalahkan, chen long dapat 20 mata dulu
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#3
hard luck... hopefully next time he will have the chance to win it back
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)