Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Aksi lucah: Model sambilan dari Sabah didakwa
#1
KUALA LUMPUR 28 April – Seorang model sambilan yang bertindak menanggalkan baju di khalayak ramai di Jalan Petaling minggu lalu sehingga videonya melakukan aksi tersebut tersebar luas di laman sosial dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

Persana Avril Sollunda, 32, yang berasal dari Sabah dan berketurunan Kadazan mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Melayu.

Wanita yang turut bekerja di sebuah spa di ibu negara itu didakwa melakukan perbuatan lucah tersebut di Jalan Petaling, Dang Wangi di sini pada pukul 2.07 petang, 23 April lalu.

Pertuduhan terhadap Persana Avril dikemukakan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Zura Syazween Hamizan tidak membenarkan tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan memakai jaket panjang berwarna hitam, seluar pendek putih dan kasut but hitam itu diikat jamin berikutan tiada sesiapa hadir sebagai penjaminnya.

Mahkamah menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Minggu lalu, satu video amatur menjadi viral apabila seorang wanita menanggalkan baju dan mendedahkan payu daranya dipercayai bagi mengelak daripada membayar makanan serta minuman keras di sebuah restoran di Jalan Petaling.

Wanita itu juga dikatakan mabuk selepas minum dua botol arak jenis bir di restoran berkenaan dan telah memarahi pemilik restoran tersebut sambil mengajak bergaduh sebelum menanggalkan baju dan pakaian dalamnya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)